Pages

Wednesday, August 24, 2022

Umrah dan Ziarah Nenek dan Cik Fatin

Nenek dan Cik Fatin sudah selamat tiba di rumah, Alhamdulillah.
10 hari mengerjakan umrah dan ziarah dari 14 - 24 Ogos 2022.

Ibu simpan sini gambar-gambar yang Cik Fatin kirimkan di whatsapp grup keluarga.

Gambar-gambar sekitar Masjid Nabawi

Rezeki mereka dapat masuk Raudhah dan tak ramai sangat jemaah.


Sudah shopping buah-buahan kering dan kurma.





Gambar-gambar sekitar Masjidil Haram

Lepas umrah.

Bestnya mereka.

Ibu purposely minta Cik Fatin ambil gambar bawah Tower Clock.
Jauhhhhhh diambilnya.

Perjalanan balik.

Cik Baya dan Cik Man jemput mereka di airport.

Alhamdulillah sampai.
Touch down 11.15 am 

Cik Ami dan Cik Amir cuti juga hari ni sebab pengasuh anak-anak ada hal pula.
Boleh lah mereka ke KLIA terus.



Screenshot dari story Cik Fatin.


Ibu kirim sejada corak karpet Raudhah.
Sekali... brand Minwal nenek belikan😍

Ole-ole dari Tanah Arab.

Ibu dan Cik Elis ambil tugas menyediakan makanan tengahari.
Masak ringkas je,
Ayam masak lemak cili api, tauhu dan tempe goreng, ikan goreng, kerabu sayur, ulam pucuk ubi dan betik rebus juga sambal belacan. 
Ada tembikai dan buah mata kucing kegemaran nenek juga.

Since kita masak banyak boleh lah adik beradik lain dan anak-anak yang balik dari kerja dan sekolah dinner sekali.




 

No comments:

Post a Comment