Simpan sini untuk panduan.
Masyaallah... terima kasih pada penulis blog atas perkongsian.
VIDEO CARA MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM YA AHLI SYURGA
VIDEO CARA MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH STEP BY STEP DARIPADA MULA HINGGA SELESAI
p/s : pengalaman kami mengerjakan umrah dan ziarah boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah dan ziarah.
Alhamdulillah....Allah berikan kami jalan untuk membantu kawan2 di luar sana untuk belajar tentang umrah dan ziarah dengan lebih mudah, pantas dan senang difahami.
Bagi mereka yang pertama kali nak mengerjakan umrah dan ziarah, kenalah menambahkan ilmu di dada dengan cara menghadiri kursus yang disediakan oleh agensi masing2. Tapi kadang2 tak sempat nak gi kursus kan atau dah pergi kursus tapi tak ingat-ingat dan tak paham-paham jugak.
Kami percaya setiap daripada anda terutama yang pertama kali hendak mengerjakan umrah akan menggunakan Mr. Google untuk mencari info berkenaan cara2 mengerjakan umrah. Kami pun alami perkara yang sama. Kadang2 info tu dah ada tapi terlalu rumit dan sukar difahami, info tidak tersusun, dan kena buka banyak blog untuk dibaca.
Oleh itu, kami siapkan video ini untuk memudahkan anda semua. Video Tuan Hj Mohd Firdaus Mat Saad ni memang best, very simple tapi sangat padat. Walaupun kami sudah hadiri kursus dan baca pelbagai buku, kami sekeluarga juga study melalui video ini. Study melalui pendekatan video lebih cepat faham daripada baca buku sorang2 dalam bilik tapi tak paham2. hahaha....
Video ini kawan2 boleh search kat youtube tapi kami upload dan susunkan dalam blog kami untuk memudahkan anda semua. Terima kasih kepada MariaFirdaus kerana upload video ini dalam youtube. Izinkan kami ambil video ini dan masukkan ke dalam blog kami yer. Moga Allah gandakan pahala kepada Tuan Hj Mohd Mat Saad dan MariaFirdaus. Semoga ilmu ini membantu kawan2 di luar sana.
SOALAN 1 : dokumen yang perlu disediakan
SOALAN 2 : persiapan mengerjakan umrah
SOALAN 3 : saya nak pergi umrah sekarang, saya nak buat apa
SOALAN 4 : barang yang nak dibawa ke tanah suci
SOALAN 5 : perjalanan daripada KLIA ke Jeddah
SOALAN 6 : keistimewaan bumi Madinah
SOALAN 7 : ibadah di Masjid Nabawi
SOALAN 8 : ziarah dalam masjid Nabawi
SOALAN 9 : kelebihan dan tips berada di Raudhah
SOALAN 10 : ziarah di luar Madinah
SOALAN 11 : barang nak dibeli di tanah suci
SOALAN 12 : sejarah dan keistimewaan mekah
SOALAN 13 : pengetahuan asas mengenai kaabah
SOALAN 14 : keistimewaan Masjidil Haram
SOALAN 15 : pengertian, rukun dan wajib umrah
SOALAN 16 : pengertian tawaf dan cara melakukannya
SOALAN 17 : pengertian saie dan cara melakukannya
SOALAN 18 : bergunting dan bertahlul
SOALAN 19 : wajib umrah dan pantang larang ihram
SOALAN 20 : perjalanan umrah dari madinah sehingga selesai
SOALAN 21 : ibadah di Masjidil Haram
SOALAN 22 : ziarah luar di mekah
SOALAN 23 : bagaimana nak buat umrah banyak kali
SOALAN 24 : nasihat tambahan untuk menunaikan umrah
SOALAN 25 : tawaf wida'
NOTA TAMBAHAN : cara memakai kain pelikat semasa dalam pantang larang ihram
ok....dah habis dah. diharapkan video ini dapat membantu anda di luar sana yer.
SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH DAN ZIARAH!!!!!
No comments:
Post a Comment