Pages

Sunday, August 14, 2022

Hantar Nenek dan Cik Fatin ke KLIA

Pagi ni 9.30 am masing-masing dah sedia untuk hantar nenek dan Cik Fatin ke KLIA. Rasa dah lama tak ke airport hahhahah.. last sekali Tahun 2020 masa ke KK. 

Sebelum melangkah keluar. Nenek kata baca ayat 3 Qul.

Since awal lagi masing-masing pandu kenderaan pun relax-relax. Sebelum sampai exit KLIA nenek baru teringat yang duit tukaran tertinggal bawah bantal.. aiyooohhh.. padahal malam tadi dah belek2 dan cerita nak pakai baju ala pagoda yang ada poket tu. Cik Biela rescue lah sebab dia belum lagi bertolak.

Sejam sahaja dah sampai airport. Ikut program, berkumpul jam 12 pm dan akan check-in jam 12.50.

Sampai kat airport bergambar lagi... ehh.. diorang ni memang suka bergambar kan hahah

Sampai2 ada plak yang belanja minum.
Tu haaa... duduk tepi-tepi padahal banyak je kerusi tempat lain tapi sebab nak duduk di area checkpoint, semua bersantai kat situ.

Isi tag dulu.

 Si bongsu.

Kebanyakannya turut serta hantar nenek dan Cik Fatin kecuali keluarga Cik Ujang.




Aiseyyy... lepas ambik pic ni Si Kancil plak nangis sebab makngah tertutupkan dia. Sensitif.. sensitif😁😁

Nenek nak turun dah ke Balai Pelepasan.

Gigih lah tunggu sampai hilang dari pandangan.


Tahniah nenek dan Cik Fatin menjadi tetamu Allah pada kali ini.
Kali ini nenek pergi melalui pakej Tiram Travel. Umrah sebelum ini dua kali guna Rabbani Travel.
Semoga Allah permudahkan perjalanan musafir dan mendapat umrah yang mabrur.

Gambar ni Cik Fatin post masa dalam flight.
Dapatlah nenek duduk tepi tingkap.

Flight departure at 4.50 pm.

No comments:

Post a Comment