Pages

Saturday, August 20, 2022

Pengalaman Mendaki Bukit Botak - Part 1

Ini pertama kali ibu, ayah dan Wafi mendaki bukit. Awal minggu ni Wafi suggest nak hiking. Ok lah.. bagi Wafi rasa. Sekarang ajak jog pun dia tak nak. Bila dia kata nak hiking, kita bagilah dia semangat. (rupa-rupanya kami yang kussss semangat!)
Bukit paling dekat adalah Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam. 12km dari rumah. Seawal 6.40 am kita gerak dari rumah.

 
Ni parking nak ke atas tapi kami park tepi jalan je berdepan kawasan perumahan.

Permulaan trail. wahh.. naik sini pun kena ambik nafas.

Berhenti sekejap, belakang tu kawasan perumahan. 
Headphone tu Wafi punya tapi at the end tak pakai pun siap tercicir lagi.

Sambung lagi. Wafi penat kita berehat sekejap.

Ada 3 trail ya.  terus ke puncak, kiri ke trail hiker dan kanan trail basikal.
Kami pilih "to peak" yang melalui Rock Garden Trail. Ke kiri ikut New Zealand Trail.


Sebelum tu ambil gambar dulu kat bawah pencawang ni.

Teruskan jalan lagi.

Stop dulu, bagi laluan kepada hker lain.

Laluan naik lagi.

Nak sampai ke Peak.
Tapi ini belum lagi sampai Bukit Botak ya.


Bawah tu ladang kelapa sawit, sebelah kiri.

View kanan hutan.

Kat sini ada mesin, dengarnya nak ukur ketahanan tanah.




Inilah peak dia tapi sebab ada construction nampak tak cantik plak.

Sayup je bawah tu.

Ibu ingat kita dah sampai, rupanya meleset jangkaan ibu. Kena teruskan lagi perjalanan.

Kena turun kat sini. Sebelah kiri tu yang ada mesin dan bendera tadi.
gayat gak ler turun sebab kiri kanan tu gaung.
Dah turun kena naik bukit semula.

Masuk kawasan hutan.

Laluan yang kami lalu tadi Rock Garden Trail sebab kita nak ke Peak. Kalau kita ikut hiker trail (ada penunjuk di bawah pencawang) means ikut New Zealand Trail.

Jalan lagi naik atas.

Ibu menung kat bawah ni. Macamana nak panjat batu-batu tu. Ni rock climbing pulak. Ayah cakap, tengok orang depan tu, boleh je panjat
Adehh.. ibu dah lah jenis gayat.
Panjat je lah jangan toleh belakang.

Bila balik baru perasan, itu pun ada hiker beritahu, sebelah kanan bukit batu ni ada laluan bertali.
Turun memang tak lalu sini lah.

Tak mahu ibu bergambar kat situ setelah berjaya buat rock climbing😂

Kat sini rehat lagi, makan coklat, biskut dan minum air.
Kat sini ibu dah fikir macamana lah tnak urun bukit batu .

Jalan lagi.

Sampai lah ke puncak Bukit Cherakah pulak.
210m je tapi nak sampai sini pun jenuh juga.


Rehat lagi.

Ada batu tanda Bukit Cherakah.

Syiok juga lepak-lepak sini. Sejuk je bawah pokok ni.

Ok.. sambung lagi berjalan.

Hai bila lah nak jumpa Bukit Botak ni!

Sambil buat entry, sapu eo Deep Relief ni kat betis😄

Next enty lah.. banyak dah picture kat sini.
 

No comments:

Post a Comment