Pages

Saturday, August 20, 2022

Pengalaman Mendaki Bukit Botak - Part 2

Dari Bukit Cherakah tadi, jalan masuk hutan lagi. Dah tak larat nak ambil gambar lagipun laluan agak sempit dan banyak pokok-pokok menjalar dan rendah. Keadaan juga agak gelap. Ayah dok cakap betul ke laluan ni. Since ramai yang lalu situ, means kita berada di track yang betul.

Keluar dari kawasan hutan, nampak dah kawasan bukit yang telah dibotakkan.

Kena turun lagi.

Oh ya, kalau hiking for beginner macam kami, elok lah bawa kayu hiking tu. Tapi kami ambil sahaja di bawah tadi kat starting point. Ada orang wakafkan kat situ. Tahan lah kayu tu. Bolehlah untuk menampung berat kami. Masa tu Wafi ambil satu. Ibu tak ambil tapi kat pertengahan jalan tu jumpa kayu, ibu ambil dan tinggalkan di pokok kelapa sawit untuk next hiker yang memerlukan.
 
Macam tu lah bukit yang telak dibotakkan.
Ibu tak pasti sama ada Bukit Botak tu nama khas atau ia adalah keadaan bukit yang telah dibotakkan.

Kami tak pergi pun ke bukit yang di hadapan tu, penat dah.

Kena turun untuk ke sana. 
Karang nak kena patah balik, jauh gak tu dengan cuaca yang panas. Masa ni jam dah hampir 10 am.

Tahniah Wafi sudah berjaya sampai sini!

Rehat lagi.


Dah puas bergambar, kita turun semula.

Ehh.. ada gak naik bukit juga sebab akan jumpa peak Bukit Cherakah tu.
Kat situ jumpa few hikers sembang-sembang.
Ada yang suggest kalau nak tengok pokok viral balik ikut New Zealand Trail.

Owh.. menarik juga.
On the way balik tu kan ada persimpangan 
Kiri : Rock Garden Trail
Kanan : New Zealand Trail

Kami ke kanan dan laluan nya menurun lah kan dan ikut ladang kelapa sawit.
Laluan turun ni smooth je.

Kena turun lagi.

Salah satu pokok viral.


Tak jumpa pula hiker turun dan naik guna laluan ni.
Cuak juga.

Kat sini redup je.

Lalu pula kawasan lalang.

Kat sini masing-masing dah penat sangat
Bahasa hiker "pewai".

Curam gak laluan turun ni. Ibu dan wafi menggelungsur je kat sini.

Lepas dari signboard ni macam tak jumpa-jumpa jalan keluar. Terasa jauh nyaaaa😐

Ada jumpa pekerja seorang Bangladeshi  yang menjaga mesin pam air berdekatan mata air. tanya betul tak jalan naik. Dia kata betul tapi naik lagi.

Huwaaaa.. pengsannnnn

Lepas mata air tu belok kiri.

Jumpa lah pokok viral ni.

Juga dipanggil pokok Octopus sebab akar dia macam tangan sotong.
Belakang tu ada batu putih.
Tak adalah kami nak ambil gambar lama-lama.


Ayah dah bising-bising dah kat sini.
Ye lahh.. dah tak fit kan😎 (ehh... ini ayah yang cakap tau! hahaha)

Kat sini jumpa 2 orang hiker. Katanya nak keluar dari sini kena ikut laluan bawah pencawang.

Wafi dah buka kasut.

Tak boleh lama, kena teruskan perjalanan.

Huhu.. nampak pencawang tu makaihhh.. jauh nya lagi.

Jalan lagi.

Penuh dengan pokok lalang setinggi Wafi. Ibu suruh Wafi angkat tangan untuk elakkan tangan terkena lalang.
Itu pun ada terluka sikit.

Laluan ni kenalah mendaki lagi.

Adalah dalam 20-30 minit jalan dari pokok Octopus tu.
In between kami berhenti lagi, cari nyawa!

Lepas tu dah tak ada dah nak ambil gambar trail.
Penat!

Bila dah nampak persimpangan di bawah pencawang rasa lega sangat.
Tambahan lagi jumpa grup murid  dan guru sekolah yang kami jumpa masa di bukit batu sebelum persimpangan New Zealand Trail tadi. Masa tu mereka belum sampai lagi ke Bukit Cherakah peak.

Tinggalkan kayu di situ.

Turun nak ke jalan besar.
Tak sabar nak masuk kereta.
Panas.
Dahaga.

Bawa air 2 botol memang tak cukup.

Tapak kasut pun hampir nak tercabut.
Mujur masa ni baru perasan selepas pokok viral.

Kita ikhtiar hidup je lah.. cari pokok dan ikat😂
Selamat sampai ke kereta.
Boleh babai lah kasut ni.. dah lama kan berkhidmat sejak ke Acheh 2019 pertama kali dulu.

Balik tu ayah singgah restoren mamak beli teh o-ais dan teh-o ais lemon.

Alhamdulillah.. leganya.

Dah boleh balik dah.
Kaki pun dah jadi sotong... lembik je.
Rasa tak jejak tanah.

Ini lah yang menyebabkan kenapa rasa jauh sangat.
Trail New Zealand balik tu rasa 2-3 kali ganda dengan Rock Garden trail.

Patut balik ikut trail yang sama je.

Good thing dapatlah kami tengok pokok viral tu.

Nak hiking lagi?
Buat masa ni tak nak lagi lah hahahhaha

Ibu rela jogging 5 km😁

Dah panjang lah pulak cerita.
1st time hiking kan.. banyak lah nak cerita untuk kenangan.

2 comments: