Pages

Monday, August 28, 2023

Undangan Walimatulurus Anak Sahabat SMT

Beberapa hari lepas ex-classmate ibu hantar whatsapp mesej menjemput kita sekeluarga ke Majlis Perkahwinan anakandanya yang sulung. Alhamdulillah ada kelapangan masa jadi kita penuhi jemputan beliau yang diadakan di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur.

Kita sampai pun awal, jam 11.30 am. Ambil kesempatan untuk bergambar dulu sementara tidak ramai tetamu lagi.

Kawan ibu, Uncle Fendi merupakan Ketua Kelas 5 Perdagangan 1 (5P1) semasa kami sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Ipoh pada Tahun 1989-90. Wahhhh... sudah 33 tahun kami meninggalkan sekolah.

Cantik betul isteri Uncle Fendi ni.
Baju Hot Pink tu memang menaikkan seri kedua ibu bapa pengantin.
Tambahan pula ahli keluarga lain memakai warna yang sama.
Nampak cantik sangat.

Kat sini ayah jumpa pula kawan SAS, Uncle Izu Din.
Beliau merupakan kawan Uncle Fendi semasa belajar di Jepun.

Kakak taknak ikut sebab malas nak bersiap lagipun kakak pernah sampai sini masa kenduri anak Acik Wazlina.

Wafi kata mesti ibu cakap kita dan abang matchy-matchy.
Laaaa... tak perasan pun. Bila dah cakap ibu tulis je lah 😁😁

Dalam majlis ni ibu jumpa beberapa orang ex-Teknik, Uncle Hai, Uncle Bobby dan isteri juga Uncle Ramlan dan family.

Hampir jam 1 baru kita beredar.
Next destination Ikea Damansara.

Kat sini makan lagi sebab masa di kenduri tadi masing-masing makan tidak banyak. Dah plan nak makan kat Ikea kan, jadi simpan perut dulu.

Ikea ni pun antara wishlist Wafi yang sepatutnya nak pergi masa 1st time balik bercuti sempena Cuti Raya Haji tapi tak sempat nak pergi.

Sekarang senang betul nak ke Ikea Damansara dengan adanya Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (Lebuhraya DASH). 19 minit sudah sampai. Lepasni kalau nak ke sana tak ada lah ayah cari alasan 😁

Cukuplah 2 hari berjalan.
Ibu ayah dah jadi zombie ni demi Wafi 😃

4 comments:

  1. Seronok la wafi...dapat jalan- jalan..cuti lama kan..ye la..SA pun dah lama x makan kat ikea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami cuba fullfill wishlist dia. Cuti seminggu rasa kejap sangat.

      Delete
  2. Abang adik masih mau diajak ke wedding reception walau sudah besar ya kak 👍. Anak saya dah tak nak 🤣. Pasti adaaa saja alasan untuk tak pergi.

    Meatballs nya Ikea itu memang wajib dicoba tiap kali kesana 😁. Dan kopi nya. Free pula . Yg di Malaysia free juga kan yaa kopi Ikea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang mahu ikut ke wedding reception tu sebab selepas itu mahu ke Ikea kalau tidak.. memang tak mahu dia ikut.
      Di Ikea, air minuman bayar sekali sahaja tetapi boleh refill sebanyak mana kita mahu.
      Terima kasih Fanny singgah BW di sini. Insyaallah nanti saya BW ke blog Fanny pula.

      Delete