Pages

Saturday, August 19, 2023

Ajomlah Cuci² Gigi

Semalam ibu dah buat appointment di Setia Alam Dental Clinic untuk buat rawatan gigi pada pagi ini jam 11 am. Ibu ajak sekali Kakak Widad, ajak ayah.. kata nak berehat hurmmm....

Sampai klinik awal 10 minit jadi bolehlah relax2 dulu.

Kakak Widad kena isi borang pendaftaran dulu sebab belum ada rekod. Ibu dan Wafi sudah beberapa kali buat rawatan rutin di sini.

Tenang-tenang saje pagi ni sebab tak ada patient di luar. Doktor sedang attend patient di dalam bilik. Itu yang lebih baik buat appointment dulu jadi tidak perlulah kita menunggu lama. Kecuali jika ada kes-kes tertentu yang memerlukan kita urgency datang ke klinik.

Kak Widad kesejukan dalam ruang menunggu.

Berdebar-debar betul kalau masuk klinik gigi ni walau cuma buat scalling & polishing.
Pasti yang biasa melaluinya akan merasa nyilu bila sebut je buat scalling... adehhhhh.... 

Sepatutnya ibu kena buat scalling tahun 2020 tapi kan masa tu PKP jadi tak dapatlah buat. Tahun 2021 datang sebab ada masalah gigi pecah tapi doktor hanya buat rawatan gigi sahaja tak boleh buat scalling untuk mengelakkan penyebaran virus Covid.  Lepastu keraplah pulak bertangguh-tangguh. Kena pergi juga bila ada karang gigi yang sudah terkopak, makin tak selesa sekitar gusi bawah. 

Kakak Widad pun buat treatment sama, last sekali buat masa di sekolah menengah. Lama juga tu. Tapi gigi Kawi putih dan bersih lagi. Karang tu still ada jadi kita scalling lah sama-sama.

Pagi ni ada seorang doktor sahaja bertugas bersama pembantu.

Ini caj di klinik, ada lagi lah caj-caj lain tapi ibu ambil gambar caj untuk scalling and polishing.
Ibu kena max RM150 manakala Kak Widad dicaj RM140. Caj untuk moderate.
Dua orang RM290 😢😢
Pejam mata je lah huhu...
Tunggulah setahun lagi baru kita datang!
Rasa berkali-kali doktor pesan untuk datang jumpa dentist at least setahun sekali 😁
Biasalah... kalau tak sakit mesti tak mau jumpa doktor 😎🤭
 

4 comments:

  1. Nak kena pergi cuci gigi jugak ni. Tengok post ni terus teringat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh.. dah cuci nanti rasa takmau makan seminggu... sayang nak bagi sisa makanan terselit2 😅

      Delete
  2. Replies
    1. Pergi.. pergi sebelum akad, sempat lagi ni 😀
      Kan nak cantik2.

      Delete