Pages

Sunday, August 27, 2023

Ngopi-ngopi di Saujana Utama

Sahabat ibu dan ayah baru seminggu buka trak kopi di Saujana Utama yang diusahakan oleh anak tunggal mereka, Kimi. Ibu Kimi ada post di FB tentang business baru mereka jadi ayah suggest untuk datang Jumaat malam tu. Buka 8.30 hingga 12 pm.

Malam tu singgah dulu rumah nenek tanya sapa nak follow. Kebetulan nenek dan Cik Biela free, kita ajaklah sekali.

Ibu Kimi, Lynn Hassan yang formulasikan sendiri kopi-kopi mereka. Banyak kali lah mereka R&D kopi sebelum dijual.

Cik Biela order Hazelnut latte panas.

Ini lah kawan ibu ayah, Rizal aka Zal.
Dulu Uncle Zal ni depan kelas ibu masa di Matriks UUM.
Tu ayah nak tunjuk Matcha.
Menurut Auntie Lynn beliau menggunakan serbuk Matcha yang premium.

Happy lah Wafi dapat healing malam tu.

Gian dengan HP.
Kasi chance lah. Wafi dah plan Khamis malam, Jumaat, Sabtu dan Ahad hari untuk berjimba-jimba. Isnin baru nak tengok homework yang cikgu sediakan.

Semua kopi yang kami ambil sedap.
Ini Wafi order.
Ibu tak ingat pulak order apa.

Nenek tak tau nak minum apa, ibu orderkan Mocha Latte je lah.

Esoknya Sabtu masa ibu balik rumah nenek, nenek kata malam tu tak boleh tidur sebab minum kopi 😁
Segelas kan!

Setiap pembelian kopi dapatlah complimentary. Malam tu ada nasi lemak dan brownies.
7 bungkus ayah dan Wafi makan. Ehhh... ibu makan sebungkus ya.

Inilah truck yang mereka gunakan. 
Siang hari Uncle Zal berniaga Bubur Tok Din.

Disediakan kerusi camping.

Santai kan suasana begini. Tapi kalau hujan tak bolehlah dok melepak.

Ayah dan Uncle Zal.


Ibu dan Auntie Lynn Hassan.

Semoga business Zal, Lynn dan Kimi terus sukses! 

2 comments:

  1. Bagus support2 bisnes kawan- kawan..SA selalu gak support bisnes kawan cuma dah malas n ak pi lepak kedaia ngopi sbb diorang x nak duit..x leh la macam tu kan..meniaga tetap la meniaga...lepas tu hantar dania je pi tapau..diorang x perasan sgt dania..x pun order foodpanda..

    ReplyDelete
  2. Menariiik tempatnya kak. Walaupun memang kalau hujan pindah lokasi atau ada tenda yang disediakan ?

    Saya pun kalau ada teman yg buka usaha macam ni, sebisa mungkin untuk support dan bantu promote lah. Apalagi kalau memang enak dan layak dipromosikan 👍. Sayang saja jauh, kalo dekat, dah saya coba. Kopi nya wafi salted caramel fav saya tuh 😍👍

    ReplyDelete