Pages

Saturday, August 5, 2023

Khabar Dari Asrama

Balik dari Bandar Sri Damansara kami singgah ambil kakak di rumah sebab kakak nak beli barang dapur. Kami ke Econsave Alam Jaya sahaja. Bila dah setel beli barang masuk dalam kereta je ayah terus call makngah sebab nak cakap dengan Wafi. Kebetulan makngah free jadi dapatlah bawa tokwan jumpa Wafi di sekolah. Kami tak cakap awal-awal kat Wafi yang makngah akan datang kalau sempat sebab makngah ada kelas tuisyen hari ni.

Video call dulu. Masa ni Wafi sedang menjamu selera.. ewahhhhh

Tokwan, Aisyah dan Wafi.

Wafi ada beritahu ibu, kalau makngah datang dia akan ajak Aisyah sekali. Baguslah macam tu Fi sebab parents Aisyah pun tak datang bila ada lawatan. Masa outing je boleh datang.

Aisyah ni sama intake dengan Wafi dan kebetulan duduk jauh juga, Puncak Alam.

Terima kasih makngah dan Pak John lawat Wafi.

Ada lagi makanan tu, Wafi bawalah ke dorm share dengan kawan-kawan lain.

Gembira Wafi hari ni!

Ehhh.. hari ni 5 kali Wafi call ibu (sebab hari cuti) bila mana ramai parents lain mengharapkan anak call, ada yang seminggu pun tak call. Ibu cakap kat Wafi call selang sehari... hurmmmm... mana maunya 😁😁
 

7 comments:

  1. Unik nama dia.. dulu senior Cuya nama Wafi juga tapi lelaki.
    Kira nama dia universal jugak kan. Lelaki pompuan bole guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cuya, ada juga senior dia nama Wafi tapi lelaki.

      Delete
  2. syukur ada keluarga yang dekat boleh jadi pengganti ibu ayah ubat rindu wafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tokwan yang seronok tengok cucu.

      Delete
  3. nasib baik ada mak ngah yg boleh selalu lawat wafi... nmpk keceriaan di wajah wafi

    ReplyDelete
  4. Khilfi awal-awal haritu sehari berkali2 pakej dengan menangis sekali. sekarang lepas 5 bulan 2-3 hari sekali. Alhamdulillah dah semakin boleh sesuaikan diri agaknya

    ReplyDelete
  5. Mak ayah cuya duk jauh erk..kalau la aunty ni dekat..every week bleh tengok wafi dan cuya kan...wafi call la jugak hari2..Dania tu...erm...Jumaat nak balik seremban baru call..

    ReplyDelete