Ahad 13/8/2023 Cik Ana arrange makan-makan sempena Hari Lahir Adnin dan buat Doa Selamat buat Ain yang akan mendaftar di Politeknik Shah Alam pada 21/8/2023. Panggil adik beradik dan jiran terdekat.
Sopiah suka sangat dengan biskut butang tu.
Masa ibu kecik suka makan gula atas tu, dah tua sekarang makan biskutnya je.
Buat syarat. Ibu tak pasti kenapa mesti Bubur Abang yang perlu disediakan.
Kalau ada cucu lahir nenek akan buatkan bubur ni. Tapi sekarang tak sure lah masih buat lagi ke tak bila cucu dah ada 33 orang. Masa ibu beli kereta baru pun nenek pernah buatkan juga.
Sedapnya cencaru bakar dan air asam tu. Ada juga ayam masak cili api.
Laksa.
Ibu perhatikan Makngah Amira je ambik laksa mula-mula bila yang lain dok sibuk ambik mac & cheese.
Saje je ibu menyakat Amira dengan panggilan Makngah Amira sebab anak no 2 sama dengan makngah 😁
Mac & cheese by truly yours.
Anak buat ramai jadi buat 2 peket.
Special dari nenek, tumis betik pedas.
Cik Ana add on kari ayam.
Agar-agar/lengkong legend ni, dulu arwah Nenek Diah suka buat masa kenduri atau perayaan. Berdulang-dulang buatnya.
Sementara tunggu yang lain.
Wak Man ketuai bacaan doa.
Sepupu girls kecil.
Amira, Zahirah, Alya dan Zara.
Beratur nak ambil mac & cheese.
Halah.. halah... banyak je lagi makanan lain.
Lahai... sedapnya taufufah ni.
Tapau bawa balik sejukkan... nyaman.
Cik Baya bawa jambu.. tanam sendiri kot, selalu bawak jambu 😅
Ada pecal... Cik Nora bawak. yummehhhh
Pinggan ibu.
Tunggu birthday girl potong kek.
Bapa saudara lebih kecil dari anak-anak saudara.
Cik Man ler tu, tetiba nampak kecik pulak.
Sabar semua.
Sudah ler tu.. hujan pun dah berhenti.. korang makan tak berhenti lagi.
Mak-mak nak bersembang pulak sambil makan kerepek pisang.
Tiada di hari kejadian Ummi, Cik Cha dan Cik Fatin.
Udah ler tu Cik Wada, passing kerepek pisang tu.. asyik dia.. dia je makan 😂
Last picture Ali makan buah oren.
Cik Ujang kata masam lah oren ni... tapi nengok sedap je Ali ni. Ingat memang Ali hantu buah... rupanya buah oren tu sebenarnya manis.
Cisssss... kena scam dengan Cik Ujang 😁
So masing-masing berebut ambik!
dalam banyak2 tu saya tertarik dengan pecal...
ReplyDeleteDalam banyak2 tu SA terliur tengok laksa..lama asanya x makan laksa ni
ReplyDelete