Pages

Thursday, August 24, 2023

Rindu Yang Terlerai

Hari ni Wafi pulang ke rumah sempena cuti pertengahan tahun. Pagi tadi tiada kelas kerana disekolah ada Program Gotong Royong Madani. Tak dapatlah ibu ayah datang. Alhamdulillah ramai parents menyertai program tersebut. Ibu hanya mengirim sumbangan untuk potluck kepada salah seorang ibu untuk di bawa ke sekolah.

Jam 1 pm tadi bas sekolah hantar Wafi dan kawan² yang menaiki public transport ke stesen KTM dan bas. Kali ni Wafi balik menaiki ETS dari Sungai Petani hingga ke Sungai Buloh. Cuak juga ibu ni bila memikir ini kali pertama Wafi naik ETS. Dok takut terlepas hentian je, karang sampai KL Sentral pula. Bila ibu cerita kebimbangan pada bos ibu, beliau meyakinkan untuk percaya kat anak. Pasti Wafi boleh lakukan.

Wafi pulak tak telefon dan bila ibu call dan whatsapp tidak berjawab. Rupanya masa ambil hp dari cikgu warden bateri dah kosong. Wafi caj di dalam ETS tapi ambil masa. Call Aisyah pun tidak berjawab. Kemungkinan masing² tidur kepenatan. Bila train sampai Tanjung Malim barulah Wafi call ibu. Masa tu ibu dah otw di Puncak Alam untuk pick-up Wafi.
Sampai Stesen KTM Sungai Buloh jam 6.30 pm. Abang Imi park di bangunan parkir. Jadi kami sama² naik terminal tunggu Wafi.

Seperti yang dijadualkan train sampai jam 6.43 pm.

Alhamadulillah semua ok.. ibu je yang risau terlebih. Mungkin ibu masih menganggap Wafi masih kecil lagi.. bongsu kan namun Wafi lah yang paling berdikari bila bersekolah di SBP.
.
Senyuman ini lah yang paling ibu tunggu.

Tadi ibu ambil time off keluar ofis jam 4.45 pm. Balik rumah solat Asar dan pickup Bami dan Kawi. Tak sempatlah nak mandi sebab mengejar masa.

Allah... rindunya💓💓

Hurmmmm... anak masyam musyuk ibu ni!

Hampir sebulan baru dapat jumpa. Walau Wafi call dua kali setiap hari tapi ibu tetap rindu untuk peluk this little munchkin🥰

Abang nak tolong bawakkan beg pun tak nak.. Semua nak bawak sendiri. Abang insist nak bawa sebab nak kena turun eskalator.

Yang ibu geram kenapalah nak bawak Mr Crabby tu.. buat berat beg je. 
Katanya tidur nak kena peluk dia.
Hurmmmm...  suka hati lah😁😁
 

8 comments:

  1. Oh Mr Crabby tu buat peluk2 ya. Nampak muka anak tenang la rasa di hati. Dapat berkumpul semula satu keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantal peluk hehe
      Alhamdulillah meriah bila anak-anak semua ada tapi tu lahhh ada je yang dok mengusik.

      Delete
  2. Bagus dah boleh berdikari. Semoga jadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih BK.
      Semoga Wafi terus istiqomah.

      Delete
  3. alolo sweetnya dua beranak ni...
    bestnya ada orang sayang :D

    ReplyDelete
  4. seronok tengok la...best dapat peluk2 dia..SA ngan Dania jangan harap dapat peluk2 macam ni...hahahaha...masa awal2 kat kolej dulu ye la..skrg xde..terlerai dah rindu ibu ye....

    ReplyDelete
  5. Hangat hati melihat foto2 di atas, kelihatan sangat hubungan ibu dan anak yang sangat dekat satu sama lain ❤️. Oh di sana lagi cuti sekolah ya kak.... Beda dengan di sini berarti period cuti nya 😁

    ReplyDelete