Minggu ni Wafi cuti Pulang Bermalam tapi kali ni tidak wajib. Disebabkan ayah pulang mengundi di Kulim, bolehlah bawa Wafi balik rumah tokwan. Hari Khamis lepas habis sekolah ayah dah sampai sekolah. Ibu tak ikut sebab akan mengundi di sini.
Petang sempat mereka keluarkan peluh main badminton. Dah biasa riadah petang terbawa-bawa hingga ke rumah.
Khamis malam tu masing-masing relax je layan handphone sebab dah sebulan tak pegang hp sendiri. Kasi chance lah.
Malam tu dinner rumah makngah.
Jumaat baru buat revision, bermula Isnin 14/8/2023 akan diadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Petang tu riadah di rumah makngah pula. Seronok tengok Wafi main badminton dengan Syafwan.
Tadi tengahari keluar memo dalam telegram Paksi 1 mengenai cuti peristiwa esok sempena PRN. Kalau esok cuti, bolehlah sambung cuti dan balik asrama sebelum 5.30 pm. Kalau tak cuti, kena balik hari ni. Bila difikirkan, jam berapa result keluar dan ada atau tidak cuti peristiwa esok???
Tadi ibu mesej bertanyakan pada PKHem jam berapa paling lewat jika hantar malam ni?
10 mlm
Tricky juga sebab tak pasti esok cuti atau tidak. Jika tidak, kena hantar Wafi before 7.30 am. Wafi pula kena masuk dorm dan bersiap pakaian sekolah lagi. Masalah lain, sangat kelam kabut sebab makngah kena pergi sekolah, nak pakai kereta. Mana sempat nak hantar Wafi dan ayah pulang semula ke Kulim untuk serah kereta pada makngah.
End up kita decide hantar Wafi malam ni. Almost jam 9 mlm hantar. Ibu mesej PKHem beritahu akan lewat dan beliau maklum. Alhamdulillah jalan pun clear. Sampai sekolah ada juga parent lain yang baru sampai. Dah pesan pada Wafi kalau tiada dormate, kena tidur dorm Aisyah, vice versa.
Dah tak perlu fikir lagi... kot esok cuti pun takde masalah, Wafi boleh sambung buat revision. Wafi pun ok balik malam ni walau pada mulanya sedikit hustle!
Peace of mind untuk semua!
kedah cuti hari ni kan?? seronok 5 negeri cuti peristiwa hari ni... hehehe
ReplyDeleteKedah cuti Ahad 13/8/23, KM.
DeleteSelangor yang cuti hari ni.
Seronok la afi jumpa ayah ye...
ReplyDeleteSeronok la tu... asyik tertunggu-tunggu je sapa nak mai jengok dia.
Delete