Pages

Friday, March 1, 2024

Dinner @ SME Eco Ardence

Hari ini ada year end Stock Take kat company ibu. Sudah bermula kesibukan year end closing. 2 minggu lagi external auditor akan masuk. Arghhhhh.... tidak mahu membayangkan kerja² yang perlu dilakukan. Blast je lah seperti selalu😡‍πŸ’«πŸ˜΅‍πŸ’«

Ibu siap pesan kat anak² akan balik lewat 2 minggu ni. Mujur mereka ada seminggu lagi kat rumah sebelum masing² pulang ke sarang 8 & 9 Mar nanti. Jadi segala keperluan untuk dibawa balik ke kolej dan asrama ibu siapkan minggu ini.


Habis stock take tunggu solat Maghrib dulu di ofis sebelum gerak makan steamboat di SME Eco Ardence. Disebabkan last minute baru decide tempat makan jadi kami tidak book tempat. Ramai pula pengunjung jadi nak tak nak kami makan di tingkat atas tapi duduk bersila huhu...


Makan time... 

Walau keletihan seharian berada di production floor, masing² still enjoy makan². Malam ni je free sebab next 2 weeks masing² akan busy.

Jenuh juga adjust lutut bila makan bersila ni🀣🀣

Dah kenyang masing² berbual kosong sementara tunggu Mei yang sangat menikmati makanannya selesai makan.. 

Insyaallah nanti lepas final result kita makan² lagi.

 

11 comments:

  1. makan bersila tu lagi syok feel dia lain sikit. hihiihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berumur jenuh nak adjust lutut 🀣

      Delete
  2. Replies
    1. Sesekali dapat keluar memang heaven πŸ˜ƒ

      Delete
  3. akak nampak sebaya je dengan adik2 tu

    ReplyDelete
  4. Rupanya sedang persiapan akan external audit ya Mbak?
    Sertifikasi apa Mbak? ISO 9000 / 14000 ?
    Semoga lancar auditnya nanti...
    Selamat menikmati makan bersama team member...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk audit financial account Pak.
      Harapnya begitulah... segalanya teratur.

      Delete
  5. Minggu depan dah mula sibuk masing-masing. Memang enjoy makan ramai ramai macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi seronok² dulu lepasni kerahan tenaga πŸ˜…

      Delete
  6. Iyalaah , having fun dulu part 1, sebelum audit datang kan. Biar tak pressure sangat πŸ˜„. Nanti result kluar, kalo bagus, makan2 lagi yg lebih sedap πŸ‘πŸ˜„. Semoga lancaaar kak

    ReplyDelete