Pages

Sunday, July 6, 2025

Ahad Dah....

Hari Sabtu hari yang paling bahagia sebab esoknya Ahad masih ada satu hari lagi untuk berjimba-jimba.
Bila Ahad.... alaaa.... lagi berapa jam lagi nak ke hari Isnin. Itu sebab kalau boleh Ahad nak rest betul-betul.
Pagi tadi dengan keadaan yang agak malas, lepas solat Subuh gigih lah juga briskwalk kat Dragonfly park. Sabtu pagi tak dapat keluar sebab nak setelkan beberapa perkara.
Matahari baru nak naik.
Seperti biasa ibu buat 3 pusingan tasik sahaja.
Ibu dapati hari Ahad lebih ramai orang.

Tak tau lah apa jadi dengan Strava ibu pagi ni.
Merajuk kah 😁😁
Dapatlah BW 5.2km

Balik singgah cari nasi kerabu di Mekla Nasi Kerabu, Puncak Alam.

Sampai rumah, sapu dalam rumah dan mop lantai.

Siap bersihkan diri, sarapan sorang-sorang sambil tonton filem Tamil, HIT The Third Case. Sambil-sambil tu update blog dan blogwalking.

Tunggu Kak Widad sit paper Mobile App Framework jam 2.30 - 5.30 pm nanti.
Kot dia nak jalan-jalan lepas tu, ibu onz je.
Bagi dia release tension.
Ada lagi banyak papers untuk final exam sebab baru start last week.

2/7 -  SPM 
6/7 -  Mobile App Framework
8/7 -  Web application
9/7 -  SecM
13/7 -InfoSec
15/7 - Algorithm 

-Waktu exam (2½ - 5½)pm

All the best Kak Widad.
Semoga Allah permudahkan semuanya.


 

12 comments:

  1. Alhamdulillah dapat jugak keluarkan peluh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut kata hati nak baring² je... lambat² bangun. Tapi mikir macam dah 2 minggu tak keluarkan peluh, gigihkan juga.

      Delete
  2. Cepatnya masa berlalu.
    Kenapalah esok Isnin ... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... boleh tak padam hari Isnin tu.. terus je hari Selasa.. takpun Rabu 😃😃

      Delete
  3. sedih mengenangkan lagi beberapa jam je nak kena masuk kerja hahaha
    saya kalau petang ahad selalu murung xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh.. samalah.. petang Ahad boleh hilang mood.. itu yang kadang kalau petang akak keluar rumah.. ambil angin sekejap.

      Delete
  4. Berat sekali menghadapi hari Senin ya Mbak.
    Saya mengalami hal begitu ketika dulu masih bekerja.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh semua orang yang bekerja taknak jumpa hari Isnin huhu...

      Delete
  5. Bittaufiq wannajah Kak Widad 🤲🏻
    Course IT ke ni Kak?
    Cantik betul gambar sunrise tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA 🥰
      Betul tu PH... Computer Science, major in Software Developement.

      Delete
  6. Malas betul nak mengadap hari Isnin kan. Ahad cepat je berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murung bila ingat hari Isnin... Patut Ahad 36 jam... lagi bagus kalau 48 jam 😁

      Delete