Hari kedua (Sabtu) jam 7 pagi masing-masing sudah berkumpul di lobi hotel untuk aktiviti.
Masing-masing bersarapan di bilik tapi ibu memilih makan roti di restoren sebab nak minum kopi panas.
15 minit sahaja dari hotel ke Datanla Waterfall.
Untuk ke air terjun Datanla kena menaiki Alpine Coaster.
Counter dibuka jam 7.30 am dan kami kumpulan pertama sampai. Sempat juga bergambar dahulu sebelum masuk.
Tiket masuk VND250,000 dan track Alpine Coaster ni sepanjang 2.4 km
Ini lah dia Alpine Coaster.
Tak kick lah naik berdua kununnya hehe
Mujurlah Acik Salmah offer naik sama.
Ibu dah lah jenis yang gayat.
Ingat nak relax je rupanya yang dok belakang kena control brake.
Acik Salmah kat depan pegang tripod untuk ambil video.
Disebabkan gambar² bawah ni screendshot dari video jadi agak kabur.
Laluan hutan pokok pine yang redup dan sejuk.
Hujan renyai pulak tu.
Menaik pulak.
Nampak dah air terjun Datanla dari atas.
Kami dok asyik gelak je lah... mana tak nya... tetiba rasa nak menjunam lah... tetiba kena brake lah.
Beberapa kali lah kena tegur dengan staff yang jaga ... go... go....
Aternya suruh brake... ibu brake lah!
Bila dah brake tak jalan pulak coaster tu.
Nasiblah orang belakang... memang tak boleh drift lah 😁
Bila balik adik-adik manis dok depan.. kunun nak drift.
Bila nak naik semula ke tempat entrance.... mostly Alpine Coaster ni ditarik naik.
Masa nak balik tu ada 3 camera... bolehlah buat aksi sikit sebab sudah bersedia.
Masa pergi tu tak ingat ada berapa kamera sebab dok tumpu pada pemanduan coaster dan berhati-hati.
Gambar-gambar boleh dibeli dengan harga VND90,000 dan VND120,000 mengikut saiz. Ada beberapa option jadi bolehlah pilih gambar mana yang menarik.
Akan diberi link untuk download gambar tu nanti jadi bolehlah simpan softcopy.
Tenang je tempat ni.
Ada gambar-gambar kenangan tu yang best.
ReplyDeleteKalau asyik gelak ketawa maknanya memang seronok sangatlah di situ.
Mujur ada yang ambilkan gambar dan videonya.
DeleteKihkih... gelak² tu nak tutup gundah gulana dihati naik coaster.
Kiranya kelajuan coaster tu kita la yg control? Nampak macam seram je...hihihi
ReplyDeleteYa... kita yang control sendiri. Kena tarik handle untuk stop dan tolak ke depan untuk jalan. Ikutlah nak laju mana tapi kalau dah laluan menurun takleh buat apa.. meluncurlah jugalah coaster tu.
Deletealaaa...orang belakang kena control brake plak...seronoknya..cantik gambar kak widad tgh pose tu
ReplyDeleteBrake paling dekat dengan orang belakang.. nasiblah huhu...
DeleteBalik memang ready nak bergambar 😍
Saya naik ini saat di Sapa. Tapi memang tak terlalu suka, Krn dikontrol oleh kita kan. Saya suka yg memang auto pakai mesin. Jadi speed bisa kencang sangat. Saya tak bisa terlalu kencang, Krn orang yg di depan kdg lambat 🤣. Saya terlalu kencang, nanti tabrak pula
ReplyDeleteHaaa... betul-betul.. lagi baik kalau mesin control. Ni sebab control sendiri tu yang bawa slow tapi kasihan orang belakang tak boleh laju 🤣.
Delete