Pages

Saturday, August 16, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Beli Kopi | Pasar Malam | Makan Malam di Restoren Hajah Hawa

Tour guide minta driver turunkan kami di kedai yang boleh kami beli souvenir.
Dibawa kami ke bangunan Vuon Vau Vac San Ba Mai Quynh ni.



Atas meja sudah tersedia buah-buahan kering. Boleh lah rasa dan kalau nak beli memang ada dijual dalam peket.
Juga diberi Artichoke tea.

Sedapnya bila disajikan kopi 3 in 1 ni.

Blurrr pulak gambar.
Staff tunjuk tanda Halal pada kotak ni.

Masing-masing sedang memikir nak beli apa kat sini.

Banyak jenis biji kopi kat sini. Ibu dok mikir yang beli biji kopi ni mesti ada mesin kopi kat rumah. Rupanya mereka pilih biji kopi dulu kemudian dikisar/grind di situ.
Laaaa.... ada grinding machine rupanya 🤣
Ater mana lah ibu tau... mana pernah beli biji-biji kopi premium gitu 😜

Staff kat situ beritahu beli 10 kotak percuma satu.
Haaa.... belilah sorang 2-3 kotak.

Sekotak VND150,000 (RM25.50)

Habis menyelam kedai ni, kami ke pasar malam semula sebab masih awal lagi.
Walau seharian berjalan dan bermain tapi bila travel ramai-ramai ni tak terasa penat 😁. Masing-masing banyak betul energy.
Tunggulah nanti bila balik hotel nanti... takpun bila balik Malaysia.
Adalah yang jetlag kunun haahhahha.. padahal penat main.

Ada yang mencari souvenir untuk dibawa pulang.

Style mereka memang semua duduk atas kerusi kecil-kecil camni kat pasar malam tu.

Ibu beli buah-buah kering dan kopi dalam pasar ni.

Kakak-kakak bekas cikgu ni bergambar dengan pelajar dari Belanda. Mereka ada international scout jamboree di sini.
Kak Zana beritahu dulu masa mengajar jadi guru penasihat scout lantas salah seorang pelajar ni bagi scout tie sebagai cenderahati.

Kat sini tak lama... dalam setengah jam macam tu sebab masing-masing dah tau nak menuju ke mana.
Belakang tu dah mula penuh orang.

Kemudian kami di bawa ke Restoren Hajah Hawa. Seperti biasa menu sudah dipesan dulu masa dalam perjalanan ke pasar malam.

Kaunter minuman.


Walaupun sudah order awal tapi still kena tunggu. Masa ni bolehlah kot nak update story... nak baca mesej dsb.

Masa kami sampai tiada ada pelanggan lain.
Kemas dan bersih restorennya.

Ibu tak tau kicap ni patut makan dengan apa sebab staff tiba² letak atas meja.

Ibu seperti biasa cari sup² je... Vietnam Pho Bo (Sup kuayteow daging )
Ada dayn selasih/basil dalam tu. Ibu tak berapa suka sebab ada rasa yang pelik.

Widad makan sikit² je itu yang biasanya ibu tak orderkan untuk dia. 

Fries sejuk mungkin dah awal² goreng, popiah sayur sedap.
Ibu order satu set lagi popiah tu. Makan ramai²... pass² pinggan. 

Malam pesan air kosong je.

Makan kat sini rasa mahal pula, VND317,000 (RM54)
  • Pho Bo/Rice Noodle Soup With Beef (VND80,000)
  • Cha Gio Chay/Vegetable Fried Spring Roll x 2 (VND140,000)
  • Khoai Tay Chien/French Fries (VND75,000)
  • Mineral Water (VND22,000)
Sepanjang di Dalat untuk makan tengahari dan malam sahaja makan di restoren.  Pagi makan bekalan makanan seperti roti. Ada juga kakak bestie order sarapan di Restoren Hany. 

Travel kali ni berat turun sekilo hahahhahha...
Banyak jalan dan kurang makan.
Ehhh... turun sekilo tu membanggakan juga tau🤣🤣🤣
Bila balik tambahkan je lah kilo tu 😫😫

 

14 comments:

  1. Eh, p holiday turun sekilo...kene pergi holiday selalu lah gini kalau nak turunkan berat badan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. good idea.. good idea😜😜
      Lepastu balik tanah air qada makan😂

      Delete
  2. untung la tu turun berat pi travel. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... sekejapan je.. lepas tu back to normal 🤧🤧

      Delete
  3. Pelik ni kak, org gi travel naik kilo sbb makan macam2 akak pulak turun kilo hihi...
    Bersih dan cantik kedai Hjh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya kat Vietnam takleh makan macam²... takde pisang goreng tepi jalan😅
      Akak perasan kedai² makan Halal kat sana masih baru dan bersih. Betul² mereka buka industri pelancongan Muslim.

      Delete
  4. Terpikat pula tengok bekas buah-buahan kering tu.
    Sedap nampaknya sup kuetiaw daging tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas kayu rasanya tu.
      Setakat 2 kali makan sup kuayteow daging kat sana memang sedap. Puas hati sangat. Dah tak perlu tambah cili ke apa.

      Delete
  5. Ah sudah..sekilo je turun..mesti sebab banyak jalan ni...patut la kak widad cantik kurus orangnya...x makan malam sangat rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 hari je tu.. lepas tu back to normal.. aishhh.. susah betul nak turun. Nak kena berguru dengan SA lah ni turun 12 kg.
      Widad memang sejenis kurang makan tapi kalau tak jaga makan, dia pun akan berisi juga.

      Delete
  6. Widad sedang diet kah ? Saya kalau di rumah memang jaga makan, tp saat traveling, banyak kulineran 🤣. Tp memang saya imbangi juga dengan banyak jalan kaki

    Restoran haji hawa ini ada cabang tak di Sapa? Teringat restoran halal yg kami coba di sana . Namanya sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Widad kurang makan Fanny tapi kalau dia makan memang betul-betul makan sampai kami yang risau.

      Tak sure pulak ada cabang ke tidak. Nak tunjuk restoren halal semua letak nama orang Islam.
      Dan perasan mereka akan letak di papan tanda HALAL FOOD RESTAURANT baru letak nama restoren.

      Delete