Pages

Sunday, August 17, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Jalan-jalan Sekitar Hotel | Ngo Coffee

Hari terakhir free and easy je sebab kami akan ke airport jam 10 pagi. Lepas Subuh bukan boleh tidur lagi... lepak-lepak atas katil. Lama betul nak tunggu jam 10 jadi Nofie suggest jalan-jalan ke pekan. Siapa yang nak ikut je sebab geng kakak besties nak duduk hotel je. 

Jadi ibu, Widad, Acik Salmah dan Kakak Nofie je akan keluar pada jam 8 pagi. Beg semua dah siap kemas. Nanti balik tinggal ambil sahaja dari bilik.

Manakala Fini dan Syazwana sudah keluar lebih awal untuk coffee hunting.

Ni kat depan hotel.
Awal lagi jadi tak ada orang pun kat sini.


Asyik dok bergambar je sampai tak tau nak buat gaya apa😁

Sementara tunggu grab sampai kami turun ke tepi jalan.

Ke kiri tu hala ke pekan dan akan sampai ke tasik  manakala sebelah kanan hala ke stesen keretapi.
Masa ni kami sedang menunggu grab.
Beberapa kali kami jumpa anjing berkaki pendek.

Tak tahu kemana jadi Nofie pin ke Stesen Keretapi Dalat.

Tu kaunter beli tiket...
Sini juga tempat menunggu bas.


Nak masuk dalam kawasan stesen kena bayar tiket juga.



Abadikan sekeping gambar di tepi bas Vietnam.

Kemudian kami beredar dari kawasan stesen keretapi untuk ke pekan dengan berjalan kaki. Bolehlah tengok² kegiatan orang di pekan ni.


Banyak kafe kopi kat sana. Meja kerusi semua kecil² gitu. Nampak santai betul mereka mengopi.



Ke kiri tu bangunan putih adalah hotel kami Cherry Luxury Hotel. Dekat je pun tapi sebab tak tahu itu yang ambil grab tadinya.


TG beritahu setiap 6 bulan mereka akan menanam semula pokok² bunga hiasan. Ini nampak macam baru lagi.

Tepi² jalan banyak pokok² bunga begini. Cantik dan ceria sangat dengan bunga-bunga berwarna warni.
Cuaca kat sini kan macam Cameron Higland jadi pokok² begini banyaklah di sana sini.
Cuaca dalam 18 - 28ºC sebab kami kan datang dalam musim panas sekarang ni.

Masih ada penjaja berjualan begini.


Kak Widad dan acik Salmah.

Macam mini market lah gitu WinMart tu.


Ni staff sedang menyusun barang².


Design bangunan moden.

Banh Mi tu roti.
Barangkali hari Ahad jadi peniaga tutup warung.


Jalan sampai ke Tasik. 

Dari tepi jalan nampak kafe kopi.

Ngo Coffee.




Ada jual pakaian dan kasut juga. Tak sure jual atau untuk disewa.

Terasa antik dan rustic.

Sementara kopi yang dipesan siap kami berjalan di luar kafe.

Ada penduduk tempatan mahu berjualan. Minta izin untuk bergambar tapi malu² pulak. Last² adik ni yang masuk frame.



Walaupun agak usang tapi bersih persekitarannya.

Sampai dah kopi yang dipesan.


Tak ingat dah ini kopi ice apa... Nofie punya.

Jenis yang sama tapi panas. Acik Salmah pilih. Kopinya macam tak sampai setengah cawan.

Ibu punya... coffee with condensed milk.. alaaaa kopi susu je😅

Masa kopi ni sampai kami senyum² je melihatkan isi dalam cawan tu.... sikit nau😅

Pertama kali merasai kopi Vietnam yang dibru.
  • pekat melekat
  • pahit sederhana
  • tidak terlalu manis walau guna condensed milk
Sangat puas hati... lain betul kalau minum kopi contohnya di Richiamo Cafe.

Patutlah kopi mereka setengah cawan pun tak sampai sebab ia ibarat pati.

Rupanya inilah kegunaan chinese tea atau mungkin artichoke tea bagi mencuci tekak dek kerana kepekatan kopi.

Harga 3 kopi VND175,000 (RM29.75).

Siap minum ajomlah menapak balik.

Signboard hotel dan Restoren Hany.

Bertingkat² kawasannya. Main entrance kat sebelah atas tu begitu juga Restoren Hany manakala hotel yang kami stay kat hujung tu. Kalau nak ke lobi dan restoren kena naik tangga.

Masa kami sampai ke hotel dalam jam 9.30 am. Ada masa 30 minit untuk sejukkan badan. Walaupun cuacanya nyaman tapi bila berjalan 1km ketibas juga dibuatnya😁.

Letakkan beg di luar bilik dan ada staff tolong turunkan ke tingkat bawah. Senang sekali. 

2 comments:

  1. Cantik!
    Gambar-gambar lawa, latar belakang pun memang menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terinspirasi dari blog Amie's Little Kitchen🥰
      Tq kak.. selalu share gambar dan info² menarik.

      Delete