Pages

Saturday, August 23, 2025

Aqiqah Anakanda Irfan Di Taman Ekuestrian Putrajaya

Pagi tadi ibu ayah menghadiri Majlis Aqiqah Irfan, anak Uncle Zaki dan Aunty Syaz di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Abang Imi dan Kak Widad patutnya nak ikut tapi last minute ikut Abang Izzat dan Kak Intan hiking di Bukit Jugra. Jadi berdua je lah.

Kawasan ni redup je banyak pokok².. ada kuda rasanya baru dibawa keluar. Anak² kecil seronoklah dapat tengok kuda.

2 tingkat je bangunan ni namun disediakan lift.

Sampai² jam 11 pagi just nice untuk acara doa selamat.

Rasanya small event boleh dibuat di sini. Tetamu Uncle Zaki dan Aunty Syaz hanya di kalangan ahli keluarga dan kawan² rapat sahaja.

Dewan yang ni open air.


Dessert table.

Sedap lauk tadi, ada ayam masak rose, ikan dori masam manis, kurma kambing aqiqah, acar mentah dan papadom.

Ambil gambar dessert je lah.

Malu nak ambil gambar makanan utama sebab duduk semeja dengan ustaz dan isteri yang Uncle Zaki jemput untuk baca doa😆.

Duduk sorang tak tau nak buat apa hehehe
Ni dewan tertutup dan tak ramai tetamu duduk di sini.

Doorgift berupa cookies dan sejadah mini.

Aunty Syaz, bertambah cantik hari ni bila ditatarias oleh MUA.
Berbual sambil berbisik sebab masa ni Irfan sedang tidur dalam stroller.

Ibu Aunty Syaz yang peramah.
Few times jumpa pasti ada sahaja cerita untuk dikongsi.

Ibu pula ambil gambar di sini.

Ajomlah ke destinasi seterusnya.
Dah alang² sampai Putrajaya, kita jalan² dulu.

No comments:

Post a Comment