Pages

Wednesday, August 13, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Cari Telekung Di Amiee Dalat

Selepas melawat Lam Vien Square kami dibawa ke kedai telekung dan tudung pula. Entahler kenapa kalau ke Vietnam orang suruh beli telekung dan tudung. Mungkin sebab brand terkenal di Malaysia dikilangkan di sana.

Quynh Nu Tea & Coffee.

Kat sini dah macam masuk rumah, buka kasut dahulu.

Atas coffee house, bawah tempat menyopping ๐Ÿ˜†




Nampak situ tudung dari jenama Naelofar, Bokitta dan lain-lain. Ibu tak beli pun.

Ibu cuma beli sehelai telekung di sini.
Kak Widad tak bagi beli banyak-banyak, katanya nak rebah dah wardrobe kat rumah letak telekung.
Yang beli kat Bukittinggi pun masih ada yang belum dibuka.

Tapi bila balik rumah pakai telekungnya terasa rugi beli satu sebab jenis kain cantik, ringan dan selesa terutama tang muka tu. Harga pun murah je RM35.

Harga kat sini semua letak RM tapi boleh je bayar menggunakan dong.

Baju cotton siap ni RM75.

Penjual ni boleh berbahasa Melayu.


Surau disediakan juga tandas yang bersih dan wangi. 


Sementara tunggu yang lain buat pembayaran di kaunter kami duduk-duduk di luar. Tak lama lepas tu mereka hidangkan kopi pula guna cawan kecil-kecil. Sapa nak beli kopi boleh beli di dalam.

Kalau nak santai-santai boleh lah juga lepak kat situ sambil ngopi.

Suka tengok bangunan ni... nampak moden. Dalam hati mesti mahal telekung yang dijual.
Tapi ok sangat harganya.

Bukti tidak memborong ๐Ÿ˜

 
Tepi jalan je ni luar bangunan... macam-macam bunga ada.

10 comments:

  1. Bestnya penat shopping boleh mengopi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. agaknya yang shopping orang Malaysia je.. nampak yg ngopi tourist.

      Delete
  2. Dulu sebelum PKP kakak ipar ajak shopping di sini, tapi sampai sekarang tak ada cerita hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam nak kena pergi tu kak. tapi kat Dalat sini je rasanya tempat shopping taste Malaysian... kakak² bestie bagitau tempat shopping heaven kat Ho Chi Minh.

      Delete
  3. Cantiknya tempat beli telekung tu dan taman kat luar ni. Nampak macam cafe dari kedai telekung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul².. nampak lebih kepada cafe. Kedai telekung kat floor bawah.

      Delete
  4. Kalau incikSuami ikot. Baru lah ngam, boleh ngopi sambil tunggu org rumah habis shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takleh².. tu kena ikut nyopping juga.. tolong huloq duit dgn angkat barang๐Ÿค‘๐Ÿค‘

      Delete
  5. Ha kan dah teringat2 ..kalau tau SA kirim sehelai dua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... camtu kena pergi Ho Chi Minh kot... sana lagi banyak pilihan kedai dan kain. Kakak-kakak yang dah pernah pergilah bagitau.

      Delete