Tiket masuk VND80,000
Bangunan ni terletak di kawasan perumahan je tapi bila masuk besar tempatnya.
Dibina oleh seorang arkitek Vietnam bernama Đặng Việt Nga sejak tahun 1990 menyerupai pokok besar yang ajaib, dengan dinding yang melengkung, laluan bersimpang-siur, tangga sempit dan tingkap yang aneh. Tiada bentuk simetri, tiada garis lurus – sebaliknya segalanya direka dengan gaya organik dan ekspresif, seolah-olah dicipta oleh alam semula jadi sendiri.
Masa masuk rumah ni ibu dah sakit kepala sebenarnya. Maklumlah masa kat Datanla Waterfall tu ibu kena hujan. Dah telan panadol 2 biji tapi masih rasa tak selesa.
Inspirasi rumah ini dikatakan datang dari gaya seni bina Antoni Gaudí dari Sepanyol, serta gabungan unsur alam, dongeng dan imaginasi bebas.
Crazy House ni bukan je untuk tatapan pelawat malahan ada bilik-bilik yang dijadikan penginapan yang mempunyai tema berbeza.
Masa masuk rumah ni ibu dah sakit kepala sebenarnya. Maklumlah masa kat Datanla Waterfall tu ibu kena hujan. Dah telan panadol 2 biji tapi masih rasa tak selesa.
Jadi masuk certain area je lah. Tak cover pun semua.
Ambil gambar pun sekadar sahaja.
Ibu dah gayat jadi tak turun kat sini... masuk balik bangunan di sebelah belakang dan ikut laluan situ.
Peta Crazy House.
Mungkin ibu masuk 1/3 bahagian bangunan je.
Macam-macam tarikan di sini.
ReplyDeleteSakit kepala tu jadi potong mood laaa...
Betul kak.. dahlah design dan laluan bangunan ni pelik²... lagi pening dibuatnya.
DeleteMemang berbakat betul org yang cipta rumah nie..
ReplyDeleteBoleh terfikir gitu rupa... sesuatu yang lain.
DeleteSeronok tgok group ni...dari x kenal terus bleh ngam erk...
ReplyDeleteTu lah.. akak pun tak sangka kami cepat mesra.. mungkin semua pun nak santai-santai je.
DeleteLangsung berangan, nak buat rumah macam ini 🤣😍😍😍. Best laaah. Unik, anak2 pun senang karena banyak tempat untuk bermain 🤭🤭.
ReplyDeletehahahha... nanti mumet Fanny.. tak payah lah 🤣🤣🤣
Delete