Pages

Saturday, August 16, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Mongo Land

Lepas makan aktiviti seterusnya adalah "enjoy rideπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ"  di Mongo Land.

Entrance fee VND120,000
Bolehlah nak main banyak kali ride kecuali Go-Kart.
Senang sikit bila Mr Heng uruskan pembelian tiket. Kami hanya serahkan duit pada TG siap-siap.
Pakej travel tak include entrance fee. Tapi kami telah diberitahu untuk menyediakan anggaran RM100 - RM150 untuk masuk ke semua lokasi.

Luas kawasan ni.


Grass Sledding Ride ni paling dekat dengan entrance tapi untuk kanak-kanak lah.

Sanggup tu beratur sebab nak main go-cart.


Pemandu Vietnam di sebelah kiri ya.. patutlah ibu pusing stereng sampai 360 darjah awat kereta tak pusing... adehhh
Acik Salmah pula mulanya tak tau yang di kena kontrol stereng.

Walaupun go kart je tapi cuak jugalah apatah lagi bila kereta mati tengah jalan huhu..

Antara tarikan di sini Rainbow Stone.

Khemah-khemah Mongolian.

Beratur pulak hampir 45 minit untuk menaiki Air Slide. Sambil beratur tu rasa cam nak lena je. Ni kalau kat tempat sendiri rasanya tak gamak nak ride kena beratur lama.


Bila dah dekat rasa cuak pula dengar orang menjerit.

Handphone tak boleh pegang dan cermin mata kena buka. 
Boleh bayar dron yang disediakan dengan bayaran sebanyak VND300,000.00 satu kumpulan. Mereka akan beri edited video dan raw video dalam masa 3 hari. Tinggalkan whatsapp no. Kami terima link video tak sampai 24 jam. Masa dalam flight balik mereka dah bagi link.

Sedia.... masing-masing kena pegang tali ride.

dok terfikir camne kalau pegangan terlepas 😫

Rasa nak tercabut jantung juga... macam takde siapa yang tak menjerit πŸ˜†



Lega betul bila dah sampai.

Habis ride boleh naik semula ke tempat Air Slide menaiki buggy.
Kalau nak naik banyak kali pun boleh kalau ada masa. Antara sanggup atau tidak je berbaris.

Kawan-kawan ajak pulak naik Rainbow Slide.



Ni nampak tak berapa mengerikan. Boleh naik solo atau berdua.

Ibu naik berdua dengan Acik Ros.

Relax sekejap lepas ride.
Masa ni agak panas juga walau suhu sekitar 28 deg.

Lepas tu masuk kawasan ala mini zoo.


Dok makan je unta ni bila dihulur makanan.

Kat sini makanan free je.

Pertama kali nak tengok Capybara.

Laaaa... ada plak kura-kura kat situ.

Ini lah dia si capybara.

Kandang capybara.

Overall bersih kawasan Mongo Land.

Tak masuk sangkar burung tu sebab dah tak larat. Lagipun kat Malaysia ada 😁

Tak ingat ini sangkar apa.

Jom tengok Alpaca pula.





Apalah si alpaca ni sembang dengan kakak GB.

Group photo.

Sangkar arnab.

Kambing kat sini pendek je tapi badan dia sihat dan gebu.

Sudahlah... jom keluar dari sini.
Dah berapa ribu step hari ni.

1 comment:

  1. Kalau ada kat Malaysia menarik jugak slide tu. Tapi seram jugak kalau terlepas tangan tu ye. Kalau Cie buka spec memang tak nampak apa la. Menjerit jela mampu nya.

    ReplyDelete