Pages

Thursday, August 21, 2025

Wafi Dan Team Kriket Kedah Sampai Di Bayuemas Oval Stadium

Selasa 19/8/2025 Wafi dan team bertolak dari Kedah jam 9 pagi menaiki bas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diiringi oleh seorang guru, Cikgu Aida.

Mereka akan bertanding dalam Kejohanan Kriket MCA Women's U19 Inter-state T20 Championship anjuran Malaysian Cricket Association (MCA).

Aishhh... dia tunjuk kasut baru.

Selamat tiba di Bayuemas Oval Stadium jam 3.30 petang.
Stadium ni terletak di Pandamaran Klang. Menginap di hostel Bayuemas Oval Stadium namun pertandingan dijalankan di Selangor Turf Club, Seri Kembangan.

Kena tunjuk gambar pada coach dulu.

Sampai-sampai coach minta semua terus masuk gelanggang latihan.
Longgarkan muscle setelah seharian duduk dalam bas.
Seronoklah kalau training dalam gelanggang tertutup macam ni. Takde lah geseng semuanya. Tapi bila actual game memang kat tengah padang pun.
Alah bisa tegal biasa.

Malam makan kat luar sebab hostel belum sediakan lagi makanan. Esoknya iaitu Rabu baru makanan disediakan.
Berjalan kaki sahaja untuk ke Restoren Bangkok Thai.

Seperti biasa bila Wafi dan team sampai Selangor, ibu ayah akan cuba menyantuni anak².
Treat mereka makan, itu je lah yang kami dapat support. Bagi anak-anak seronok.
Kebetulan dari rumah ke Bayuemas Stadium 20 km je. Tapiiii perjalanan boleh ambil masa 45 minit bila tersalah jalan tambahan dengan lori kontena yang banyak. Jalan sama nak ke Pelabuhan Klang.

Ibu datang berdua dengan Kak Widad sebab malam ayah ada kelas online. Abang Imi pula nak tengok bola sepak Selangor lawan mana entah. Sekali perlawanan tu malam esoknya 😂

Pakai kurung Kedah je 😅
Ni kalau under sekolah memang wajib pakai T-shirt sekolah berlogo.

Wafi kata pakaian bebas sebab bukan sekolah.

Gini lerr kalau suruh cium kakak.
Kakak lagi suka.

Tapi jangan haraplaaa... 😁


Haaa... kan kakak sudah geram.
Tak pasal kena gomol.

Sebelum balik bergambar dengan anak-anak.
Ibu tak adalah tunggu sampai mereka masuk hostel. Biar Wafi dengan kawan².

Jalan pergi belakang restoren.. ada pasaraya besar. Kalau tak silap Pasaraya Best.
Wafi beritahu berjemaah beli seluar sukan yang selesa kat situ.. 

Wafi kata hostel selesa, siap ada penghawa dingin.

Sebelum tidur testing jersi pasukan.

Nahhh.... hijau kuning Negeri Kedah 🥰

Malam kedua parents Afiqah dari Shah Alam pula menyantuni anak² lepas game pertama.

Dinner di Lily Tomyam bersebelahan sahaja dengan Bangkok Thai resto.
Alhamdulillah rezeki anak².

20 comments:

  1. Semoga beroleh kemenangan. Seronok la ramai2 macam tu 1 team.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...hahhaa, kakak geram ngan wafi, kenapa dah besar eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak dia memang suka cium dan gomol adiknya dari kecik. Bila dah besar si adik marahlah asyik nak kena peluk cium je.. tu yang boleh buat gaduh 😂

      Delete
  3. sentiasa kita support aktiviti anak-anak kan, bagus untuk perkembangan emosi anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Support mana yang mampu kak ana... itu yang kalau ada game kat area Selangor/KL kami pergi tengok.

      Delete
  4. Wahhh hebatnya adik2 semua! Semoga semua main dgn bersungguh sungguh. Ibu bapa pun bagus tolong support sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah berusaha tapi tiada rezeki 😚
      Support mana yang boleh Maz, kalau kat sini boleh tengok lagi.
      Kalau main kat utara ngak bisa.

      Delete
  5. Hebatnya Wafi.
    Semoga Wafi berjaya dalam kuriulum dan kokurikulum. Syukur Alhamdulillah, dapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu.
      Balik sekolah kena pulun mana subjek yang tertinggal.
      Kami cuba support mana yang boleh.

      Delete
  6. Ini pasti seruuuu dan bisa jadi kenangan memorable untuk anak2. Ikut pertandingan, menginap di tempat lain, bisa makan ramai2 pula. 👍👍.

    Sukaaa lihat kompaknya wafi dengan kakaknya, saling ganggu begini yg buat rindu nanti saat jauh sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wafi rimas kakak dia peluk² cium²... dah besar kan... dulu masa kecik memang kakak dia buat camtu. Masa tu pasrah je lah😆

      Delete