Pages

Thursday, August 14, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Dalat Night Market & Vinaphone Tower

Jam 7.30 pm baru gerak ke pasar malam, antara attraction di Dalat ni.
Terletak di tengah bandar dan menjadi tumpuan ramai pelancong luar serta penduduk setempat.

Kena menapak lah nak ke pasar malam ni sebab van kena park jauh sikit. Pasar malam ni kami pergi 2 kali iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu malam.

Sebelum masing-masing ikut haluan, ambil gambar siap-siap depan pasar malam Dalat ni.
Jalan-jalan je lah tengok apa yang ada.




Kat mana-mana banyak jual patung kait camni.
Harga tak murah ya.
Nampak satu patung ni comel sangat. bila tanya harga VND780,000 (RM64.60)
Atau memang gitu harganya 😄

Meremut orang kat tangga tu.

Wangi betul bau pulut tu.
Tengok-tengok je lah dah semua pun tak boleh makan 😄

Dalam tu pasar kering.

Bersih dan tersusun. Banyak jual buah-buahan kering dan jeruk.
Malam kedua datang sini ibu beli buah kering dan kopi.
Tak jalan sampai hujung pun.. masuk kedai depan-depan je.

Buah avocado panjang-panjang.

Sedap keledek bakar penyek yang dibungkus tu. Ada bau smokey.




Geram je nengok bunga ni.

Kalaulah boleh bawak balik.

Pisang kaki kering. Teringat cerita Korea.


Ramai betul yang jual sikat hijau ni.
Macam-macam bentuk dan saiz. Kalau tengok harga yang display murah je kalau convert dalam RM2 tapi sebab macam takde keperluan jadi tak beli.

Ni pun geram.. rasa nak beli je tapi mikirkan cuma tambah carry on luggage 7kg pendam je lah.

Kat sini kami kena halau sebab taknak beli tapi tengok-tengok dok menyibuk... adehhhh

Cepat-cepat ambil gambar.. takut kena halau lagi huhu...
Kalau nak bergambar, letaklah duit dalam kotak tu. Respek betul... langsung 2 aktor tu tidak bergerak malah tak nampak mata berkelip pun.


Pure avocado.
Yang putih kiri tu yogurt.

Atas aiskrim tu ada topping hirisan kelapa kering.

Vinaphone Tower dari jauh.

Teringin makan ceri.. beli lah sikit dalam VND60,000 (RM10)


Mafla cantik-cantik.


Gambar ni diambil dari tangga sebelum turun ke pasar malam. banyak entrance nak masuk sini.

Rasa 99% peratus yang datang pasar malam ni adalah local.
Mereka betul-betul support industri pelancongan mereka sendiri.
Dah tu kan... walaupun datang pasar malam je tapi dressing lawa-lawa.

Sebelum balik ambil gambar berlatar belakangkan Vinaphone Tower.
Umpama mini Eiffel Tower lah gitu.
Vinaphone adalah rangkaian telekomunikasi kedua terbesar di Vietnam.



Macam-macam gayalah yang Mr Heng tu suruh kami buat. Layankan je lah.

8 comments:

  1. Bestnya.
    Inilah yang tak tahan hati kalau jalan-jalan nampak segala buah!
    Aduhai, saya ni hantu avocado! Tengok aiskrim tu...sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram nengok buah kat sana.
      Dah banyak sangat avocado, dibuatnya aiskrim pula.

      Delete
  2. Linda pun geram je tengok bunga2 tu...fresh2 betul nmpaknya..

    ReplyDelete
  3. sedapnya avocado jus tu kak...eh..eh..kena halau...biar betul diorang macam tu kak...bunga2 tu kalau Nia nampak confirm kena beli sejambak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jus avocado kat sana pure sama macam kat Indonesia.
      Haah.. kena halau.. kami dok tengok-tengok sebab nampak menariklah cili kaler-kaler tu. Lepastu penjual tanya nak beli dalam bahasa mereka.. bila kami geleng kepala.. dia usir kami dengan tangan sambil buat muka 😖

      Delete
  4. Tapi saya memang merasa, Vietnam tak semurah dulu harga barang2nya. Januari kemarin saya ke Sapa dan Hanoi, terasa kok barang2 mahal, trutama Sapa. Apa Krn di sana majority turis, jadi merekapun menaikkan harga juga. Ditambah pula makanan halal tak ada yg murah, sebab butuh sertifikat halal.

    Cuma saya sukaaaa kalo pergi ke pasar malam mereka.

    Ada yg tak ramah juga yaa, sampai kena halau.

    Teman saya pernah dihalau saat di Hanoi train coffee. Memang nak ajak bertengkar staff nya. Dah tahu kereta lewat, mau tak mau teman saya mesti masuk ke salah satu cafe di situ, disuruh kluar pula. Mana bisa, kereta api sedang lewat. Bisa kena tabrak teman saya. Beberapa memang tak ramah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. belah-belah utara mahal ya harga barangnya. Agaknya sana tourist lagi ramai kot.
      Laaa tak consider langsung masuk cafe kena halau pulak bila train sedang lalu. Dah lah kawasan situ sempit. Ada ya sesetengah peniaga yang tak ramah.

      Delete