Pages

Saturday, August 23, 2025

Berakhir Sudah Cabaran Kriket

Masa ibu kat surau The Mines, Wafi ada call beritahu akan main melawan Johor. 2 game sebelum tu Wafi sebagai reserve. Ibu dah sedia maklum game akan bermula jam 2 pm. Ayah dan Abang Imi pula solat Jumaat dulu dan habis solat dekat jam 2. Nak ambil grab lagi. Memang dah jangka akan lewat sikit. 

Dari The Mines tu pulak sesak lah jalan sebab orang nak masuk kerja lepas lunch... 25 minit nak sampai STC. Nampak gaya tak dapatlah tengok dari awal.

Dari dalam kereta lagi dah tengok scoring board. Team Kedah batting dahulu.

Sampai² baru nak duduk kat kerusi khemah penonton tiba² pemain dah bersorak. Pemain Johor dah berlari masuk padang.
Arghhh... sudah... habis game rupanya.
Tak dapatlah tengok Wafi batting.

Ibu share gambar-gambar dari lensa penganjur dan FB Kelab Kriket Sekolah.

Game ketiga/terakhir Kedah tewas juga.

Ketua pasukan.


Kedah vs Johor.

Game kedua menentang KL.




Kedah vs KL.

Game pertama menentang Sabah.

Kapten Kedah, Irdina.


Kedah vs Sabah.

Pastinya 3 game memberi pengalaman baru buat anak-anak Kedah yang pertama kali bermain di peringkat kebangsaan. 
Tetap bersemangat meneruskan cabaran dan memberi saingan.

Syabas anak-anak Kedah!

Negeri-negeri lain ada pemain negara U19 dan juga pemain import. Malahan ramai yang dari sekolah sukan. 

Salah seorang pemain kriket negara Suabika Maniavannan dari pasukan Sabah. Kira idola lah bagi mereka. Masing-masing ambil kesempatan bergambar bersama.

Bila tengok profile... hebat sungguh.

Habis game dengan Johor tu ada taklimat/pesanan dari coach. Lepastu coach dan cikgu beri peluang kat pasukan untuk bergambar sebelum pulang ke Bayuemas Oval, Klang.

Bayuemas Oval Klang digunakan untuk latihan pasukan negara itu sebab Inter-state Championship di adakan di STC, Seri Kembangan.


Wafi dan Anis.

DD dan Afiqah.
Jersi 66.


Our proud baby girl 🥰
Coach Pete dan Coach Anip.



3 pemain terbaik Kedah : Joselin, Anis dan Mirza.



Ni masa sesi panaskan badan.

Balik sekolah tak boleh lah pegang HP lagi.

Alhamdulillah Wafi dan kawan-kawan sudah sampai sekolah jam 7 petang tadi.
Gerak dari Bayuemas jam 12 tengahari.

Esok masuk kelas setelah 5 hari berada di luar sekolah.

Katanya ada Ujian Diagnostik UD2 lepas ni.
Harap boleh catch up semula subjek yang tertinggal.

No comments:

Post a Comment