Hari ni dapat penuhi 3 jemputan kahwin. Mujur juga ketiga² event tidak begitu jauh antara satu sama lain.
Jam 11 pagi baru ibu dan nenek bergerak dari homestay.
Event pertama ambil ini sahaja... lagipun sudah sarapan di homestay tadi.
Ibu bersama kembar pengantin. Bulan 7 haritu majlis kahwin nya, juga dibuat di tempat sama. Ibu tak tunggu sehingga pengantin sampai.
Jemputan kedua kawan masjid nenek dan majlis diadakan di Gerbang Hall, Meru. Dewan yang sama ibu pergi semalam.
Masa nak balik nenek tanya taknak ambil gambar? Ehhh... nak juga ya.
Lauk pauk pun sama sahaja. Kat sini ibu dan nenek memilih untuk makan nasi.
Jemputan ketiga ni kat kawasan kampung. Kawan nenek masa pergi umrah tahun 2022. Masa tu Cik Fatin temankan nenek umrah.
Satu jalan tu ada 3 majlis perkahwinan. Sesak jugalah bila tunggu giliran kereta nak gerak. Mujur nenek ingat nama pengantin perempuan kalau tak boleh salah masuk majlis.
Majlis kat kampung di rumah sendiri ni biasanya lebih banyak pilihan makanan.
Puan Com kawan umrah nenek juga merupakan adik kepada tuan rumah. Sebelah kanan suaminya tu kerja sama kat company ibu. Ibu tak tau mereka sama grup umrah. Tu yang beliau tanya apa hubungan ibu dan nenek. Masa kenduri Cik Fatin ada datang rumah tapi masa tu ibu tak tau lah yang mereka datang.
Buat ketiga² pasangan semoga sakinah, mawaddah warrahmah.
Ibu rasa macam tengah trend bekas minuman kaca tu sebab last week pun dapat juga cuma design berbeza.
Pecal tu yang mahal!
ReplyDeleteYe kak.. paling win tadi. Mujur masa ambil air tadi nampak, tu yang terus ambik. Kalau tak kempunan😃
Delete