Pages

Sunday, September 7, 2025

Family Day 2025 - Day 1 : Bernam Nature Hut

Entry 1

Ini kali kedua Family Day diadakan di Bernam Nature Hut. Pertama kali 3 tahun lepas, tahun 2022. Keadaan sama je tak berubah. Kali ini datang, crowd agak kurang.

Gambar-gambar ni random je lah.. malas pula nak susun.

Jam 9 pagi Cik Cha dah sampai dulu. Unloading barang.


3 sekawan yang cheeky.

Ni masa daftar chalet dan tapak khemah. Meja daftar kat sebelah tu je.

Ni Cik Baya dan Cik Cha singgah makan kat Puncak Alam sebelum masuk hiway.

Anak-anaklah yang paling teruja dan tujuan family day ni pun untuk mereka 

Selain 6 chalet yang disewa, khemah juga dipasang.

Anak-anak belajar pasang khemah.


Chalet paling besar.. kali ni bagi yang ada anak-anak kecik duduk sini.

Chalet yang ibu duduk bersama Cik Elis, Cik Nora, Wafi, Alma, Nazirah dan Yummy.

Ni chalet abang-abang dan pakcik-pakcik muda.

Disebabkan chalet ada 6 sahaja jadi biasa akan bahagikan ikut jantina. Takkan dapat sekeluarga duduk bersama sebab kita pun ada 11 orang adik beradik.



Sewa pelampung untuk 3 hari terus. Masing-masing jaga pelampung sendiri. Setiap pelampung tu ada nombor.



Sungai betul-betul depan chalet.

Dalam bilik dan bilik air begini sahaja, simple. Air dalam bilik air dari sungai. Kuat airnya dan sejuk.
Kalau nak air paip boleh ambil di sebelah kantin.

Meja pendaftaran di luar sahaja.


Jernih air sungai ni... masa ni kira ceteklah airnya.

Kena lalu titi gantung untuk menyeberang.

Barang yang kecik dan ringan tarij je pakai trolley.

Yang banyak-banyak ni kita sewa perkhidmatan motor barang. Tak silap bayar RM3-RM6 je pergi dan balik.

Ayam yang ibu sudah bersih dan frozenkan.

Frozen food yang Cik Elis bawa.

Setiap keluarga sudah diberi tugasan untuk beli barang yang diperlukan. Jadi beratnya sama dipikul. Nanti claim dari duit rumah yang telah dikumpulkan setiap bilan.
Air minuman/mineral juga setiap keluarga bawa 1 karton/12 botol.

Masing-masing potluck makanan agar boleh dimakan sehingga malam.
Ibu bawa roti jala 2kg beserta kari ayam seekor. Tempah je dari kawan ibu. Ada juga bawa ayam masak kicap.
Ini Cik Elis bawa masak lemak daging salai.

Macam biasa Cik Nora kena bawa bubur nasi dan kawan-kawannya. Ada tambahan tumis kulit + rebung juga kerang rebus. Cik Nora kalau masak memang maca-macam dan sedap semuanya.

Cik Baya bawa bakso.

Tak ingat apa lagi yang adik-adik bawa. 

Kelaparan lah masing-masing bila penat main air.

Tak tau lah ni pinggan siapa.. siap ada terung rebus rupanya.

Bangku yang ada letak makanan.

Santai semuanya.

Layan diri.. makanan banyak... lepas anak-anak mandi boleh singgah makan. Lepastu sambung mandi lagi.

Aktiviti alam.
Petang tu hujan lebat sangat dan menjadikan air keruh dan naik air.

Petang masing-masing main kat atas je. Dah tak boleh mandi jadi mereka berkaraoke.

Masa ni ibu lepak je dalam chalet, baring-baring. Skodeng diorang nyanyi.

Duo, Cik Ami dan Cik Baya.

Mujur petang je hujan... jadi esok pagi je lah sambung aktiviti sungai.

2 comments:

  1. Seronoknya kak aktiviti macam ni. Kumpul ramai2, makan2, buat aktiviti bersama. Meriah.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya dapat kumpul ramai-ramai. Semuanya sporting!

    ReplyDelete