Pages

Monday, September 29, 2025

Makan ICT Di Celup Tepung Cikgu, Pantai Penarik

Kali ni datang Terengganu memang nak singgah makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Pantai Penarik, Setiu. 
Balik dari Besut tengok rumah sewa Kak Widad singgah dulu. Banyak gerai²/restoren tepi pantai tapi tak sure mana yang sedap. Tak sempat nak baca review.

Pagi tu Cik Yah suggest makan kat Pok Nong tapi itu dah kat Kuala Terengganu. Kami dah ada plan lain kat KT nanti.

Kami berhenti kat gerai Celup Tepung Cikgu bila nampak banyak kereta kat situ. Bertanyakan pada seorang pengunjung warga tempatan yang sedang membeli, katanya sedap makanan kat sini. Ok lah.. tak salah pilihan kami.

Konsep kat sini, pilih goreng-gorengan di atas kaunter bar, nanti mereka panaskan semula. Harga ikut timbangan. Ada yang sudah ditimbang dan diletak atas pinggan kita pilih sahaja. Harga sudah ditetapkan. Kalau macam sotong goreng tu kita pilih baru mereka timbang. Kemudian mereka bagi plak nombor untuk diletak atas meja.

Air dan makanan panas order di meja sahaja.

Sementara tunggu makanan siap ambillah gambar sekitar pantai.
Kali ni datang langit dan laut kurang biru warnanya berbanding masa datang Tahun 2023. Cuaca pula agak gloomy.

Kak Widad tanya ibu ayah dah plan ke nak pakai tema hijau.. ehhh... laaa... baru perasan. Takdenya nak sama-sama. Packing pun sendiri-sendiri.


Dik... boleh bagi acik buaian sekejap.
Acik nak ambil gambar.

Boleh.. boleh..
Abang Imi kata boleh tak makan kat bahagian atas je... nanti kaki kena pasir.
Laaaa.... kata datang pantai kenalah pijak pasir. Nanti cucilah. Asal kaki tu tak basah takdelah kotor kena pasir.

Suka duduk situ.. mata pun layu ditiup bayu.

Order air kelapa ingatkan datang dengan kelapa rupanya dalam cawan je.
Air dan masakan panas pelayan akan hantar ke meja. Kami tak ada order makanan panas. Hanya ambil celup tepung sahaja.

Tadi kan dah pilih celup tepung tu.. agak-agaklah masa nya kemudian datang balik ke kaunter untuk ambil celup tepung yang sudah digoreng semula.

Keropok lekor dan udang.

Sotong dan telur sotong.
Sotong yang dijual adalah sotong yang besar dan tebal. Kalau dapat sotong yang panjang tu lagi sedap pada ibu.
Anak-anak suka pulak telur sotong jadi order sepinggan lagi.

Belajar sikit tentang jenis-jenis sotong yang ada. Ibu suka sotong jarum atau torok. Torok ke torak?

Ikan kembung dan ketam.

Sos pencicah yang sedap.

Overall semua seafood terasa segar dan manis.

Lainkali kena datang lagi bawa Wafi pulak. Masa hantar Bami je dia ikut. 2023 hantar Kak Widad masa tu Wafi dah kat asrama.

Harga makanan.

Pantai Rhu 10. 
Singgah sekejap je pantai ni, ambil gambar dari jauh.
 

2 comments:

  1. Kakak kena tau ibu & ayah sehati sejiwa tu baju sama tema 😄. Kalau pergi ke belah2 ada pantai ni memang kena makan ICT kan.

    ReplyDelete
  2. Pernah makan versi panas semula macam ni. Tak ingat kat mana. Tapi tak capai expectation. Sedih.

    ReplyDelete