Pages

Saturday, September 20, 2025

Sarapan Di Nasi Lemak Teh Tarik

Habis dah 9 hari cuti penggal kedua Sesi Persekolahan 2025/2026. Pagi ni jam 8.30 am, ibu dan ayah hantar Wafi ke Stesen KTM Sungai Buloh. Jam 5 pagi ibu bangun sebab nak masakkan bekal untuk Wafi. Rutinlah setiap kali Wafi balik. Hari biasa yang Wafi tak ada di rumah, takde lah ibu nak masak pagi 😅

Ibu bekalkan nasi putih, keli balado, kangkung goreng belacan, karipap sardin dan bakwan.
Wafi request nak bawa bakwan juga walaupun ibu dah plan nak goreng karipap. Sebab tak beli bahan awal jadi ibu hanya masukkan kangkung dan hirisan bawang sahaja.
Berselera ibu tengok Wafi sarapan pagi ni.

Ceria dah sikit.. tadi dalam perjalanan memang tidur je dulu... walau dah sampai stesen ibu biarkan dulu Wafi tidur. Jam 9.50 pagi baru naik ke stesen. Tren jam 10.20 pagi. Kali ni ada Ariana sahaja itu pun naik kat KL Sentral. Koc E sama dan seat pun berdekatan. Ada Imanina Form 2 tapi di koc E.

Dalam perjalanan balik ayah singgah di Restoren  Nasi Lemak Teh Tarik yang terletak di 248-1, Jln Sungai Buloh, Kampung Subang Baru, 47200 Subang, Selangor
Katanya biasa nampak tapi tak pernah singgah.

Jam 5 - 11 am, ada set nasi lemak dan lontong manakala 11 am - 4 pm makanan yang dihidangkan adalah nasi kukus ayam berempah.

Roti canai juga ada tadi.

Ibu pilih set nasi lemak. Tak kedekut bilis dan kacang.
Pada ibu sambalnya kurang pedas.

Tambah ayam berempah.

Manakala ayah ambil set nasi lemak tambah paru berlada.

Ibu ambil kopi-o ais dan ayah nak cuba teh tarik buih tu... aishhh ngeri rasanya.
Ayah kata kurang sebab guna teh Siam. Minum air gini memang kena minum air kosong banyak-banyak.

Total makan pagi ni RM35

Nampak macam restoren ni baru lagi.
Sampai pun almost jam 11 pagi jadi orang pun dah kurang.

Tiba kat rumah mata pun dah kuyu... ambil kesempatan tidur sebab pagi bangun awal dan malam tadi tidur hampir jam 1 pagi. Kemas barang Wafi dulu sebab ibu pun balik lewat dari ofis kerana ada dinner company. Ibu set jam 1.30 pm sebab nak make sure Wafi tak terlajak tidur dalam tren 😁, naik teksi dan selamat sampai sekolah. 

No comments:

Post a Comment