Pages

Saturday, September 13, 2025

Aktiviti Anak²

Walaupun cuti panjang dan tiga² anak ada di rumah tapi masing² sudah ada program yang diatur.

Kak Widad follow Cik Elis dan Cik Zie gi panjat Gunung Angsi. Intan ikut sekali.. seronok lah dia dapat panjat gunung kat Malaysia. Beberapa bulan lepas panjat Gunung Sinai di Kaherah. Nampak je rupa ustazah² tapi aktiviti lasak dia sepupu lain pun kagum. Satu lagi mungkin membesar dengan 4 orang adik beradik lelaki.

Kak Widad dan Intan. Baru 1km mendaki 😅

Ibu baca Gunung Angsi ni tinggi dia 2.7++ dari aras laut.

12.50 pm tadi sampai bawah.

Abang Imi pulak ikut Abang Izzat ke TRX.. Ada kerja kat sana.
Naik tren ramai yang pakai sarung... dia pun baru tau. Tu kalau soh pakai kain pelekat mana mau nya dia nak join🫢

Si adik pulak baru hari ni nak start buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Banyak katanya.. haishhh... 

Tapi kan... kalau buat kerja tak layan medsos mungkin cepatlah sikit habisnya.. tak adalah Jumaat malam kena stay up sebab esoknya nak balik dah.


Sekolah tak bagi chance langsung cuti betul². 

Dah mak ayah kena pantau tugasan dan kerja rumah sepanjang cuti penggal ni🫣

Ayah plak dari Khamis dah sampai Kulim. Giliran jaga tokwan sementara makngah balik Kelantan. 

 

1 comment:

  1. Kak widad minat aktiviti lasak jugak ye, bagusnya!
    Buat masa sekarang ni mmng kena elakkan lah naik train, sebab ada keretapi sarong sampai 16hb haha

    ReplyDelete