Haritu nenek kata nak pergi kenduri naik motor nak minta Aqil temankan. Aihhh... mader... mader... anak² kan boleh bawa.
Ambilkan nenek kambing bakar.
Masyaallah.. macam² makanan yang dijamu buat tetamu. Ada mi kari, rojak, cendol dan pelbagai lagi kuih muih dan dessert. Air pun sama, berbalang² jenisnya.
Ibu hanya menjamah nasi berlauk, kambing bakar dan segelas air kosong. Kenyang pula nak menambah makanan lain.
Semoga sakinah, mawaddah dan warrahmah buat pasangan pengantin Syazwani dan Danial.
Sekarang cuti sekolah, memang banyaklah kenduri kawin... kan. Untung juga, boleh gantung periuk belanga, tak payah masak.
ReplyDeleteHehe.. kita kena ambil kesempatan π
Delete