Tadi lepas Maghrib ibu temankan Kak Widad ke Lotus Puncak Alam. Tujuannya nak beli barang dan redeem MySARA. Minggu depan dah duduk Terengganu jadi better beli siap² barangan keperluan.
Kebanyakan barang dah beli jadi topuplah sikit lagi. Jenuh juga nak mencukupkan RM100. Taknaklah beli barang yang sudah ada, nanti nak kena simpan pula kat rumah sewa. Makanan kering Kak Widad taknak beli lagi sebab nak tengok keadaan kat rumah sewa cemana.
Disebabkan tak tahu nak beli apa lagi dan masih ada baki, Kak Widad cadangkan ambil apa yang ibu nak. Jadi ibu ambil lah beras Basmathi Cap Lily. Teringat Cie ada cerita dalam blog pasal beras ni, itu yang ibu ambil. Harga beras 5kg tu RM29.50. Rasanya harga beras Basmathi paling murah yang ibu perasan.
Jumlah semua RM101.02
Jadi ibu topupkan RM1 sahaja.
Kak Widad downloadkan juga MyKasih dalam HP ibu. Lainkali bila ibu nak beli barang boleh check dulu. Tadi tengok kat rak ada label Sumbangan MyKASIH jadi bolehlah ambil barangan tersebut. Bila ke rak beras dan minyak masak takde pulak label Sumbangan MyKASIH. Lepastu scan kat barcode depan rak. Takkan not eligible 2 produk ni.
Rupa²nya kena scan kat barcode produk itu sendiri.
Malam orang pun kurang jadi tenang² je lah membayar. Rasanya semua tempat pun sama, system dan pengurusan MySARA telah stabil.
Bulan depan lah kot baru redeem ibu dan ayah punya. Bami plak ibu tak tanya lagi nak beli kat sini atau kat Kuala Terengganu nanti. Minggu depan dah kena balik sana.
No comments:
Post a Comment