Pages

Saturday, September 13, 2025

Bawa Nenek Ke Jemputan Kahwin

Jam 11 lebih tadi sampai dah ke Gerbang Hall Meru. Ibu bawa nenek menyantuni majlis perkahwinan anak En. Hanafiah dan isteri. Ibu tak kenal, ini kenalan nenek yang merupakan pemilik bengkel motor. Bila motor nenek ada masalah ke situ nenek hantar. 

Haritu nenek kata nak pergi kenduri naik motor nak minta Aqil temankan. Aihhh... mader... mader... anak² kan boleh bawa. 

Jap mak... ambil gambar dulu sebelum lipstik hilang 😁

Haaaa.... merah makngah lipstik nenekπŸ‘„

Pinggan ibu.. padahal baru lepas sarapan tadi.

Ambilkan nenek kambing bakar.

Masyaallah.. macam² makanan yang dijamu buat tetamu. Ada mi kari, rojak, cendol dan pelbagai lagi kuih muih dan dessert. Air pun sama, berbalang² jenisnya.

Ibu hanya menjamah nasi berlauk, kambing bakar dan segelas air kosong. Kenyang pula nak menambah makanan lain.

Semoga sakinah, mawaddah dan warrahmah buat pasangan pengantin Syazwani dan Danial.

4 comments:

  1. Sekarang cuti sekolah, memang banyaklah kenduri kawin... kan. Untung juga, boleh gantung periuk belanga, tak payah masak.

    ReplyDelete
  2. Pasti nenek happy ke majlis makan nasi minyak..alhamduliallah ..

    ReplyDelete
  3. Wah, cute lah nenek pakai lipstick.

    ReplyDelete