Pages

Monday, September 1, 2025

Family Day 2025 - Day 1 : Sarapan Di Kedai Makan Ayah Din

Ini cerita Family Day Shohari Clan yang diadakan pada 30/5/2025 sehingga 1/6/2025 yang diadakan di Bernam Nature Hut.

Baru sempat update.

Sabtu 30/5/2025 kita mulakan perjalanan Family Day seawal jam 7.45 am. Keluar awal untuk mengelakkan jammed yang dijangka sempena cuti 3 hari, weekend bersambung Hari Keputeraan Agong.
Perjalanan mengambil masa sejam ke Tanjung Malim. 

Seperti biasa bila jalan jauh ni, kami gemar singgah ke sesuatu tempat sebelum sampai ke destinasi. Kali ni singgah pekan Tanjung Malim untuk bersarapan dahulu. Search dulu kedai makan yang dapat rating tinggi. 
Exit je PLUS ke Tanjung Malim menuju pekan disajikan mural ni.

Awal lagi jadi mudahlah dapat parking. 

Laluan ke kedai makan, Lorong Seni Muallim.

Lorong sebelah belakang.
Sekarang banyak lorong² yang dihiasi lukisan mural, menampakkan suasana lebih ceria. Sekaligus menarik orang ramai untuk datang.

Inilah Kedai Makan Ayah Din, sebuah kedai kecil di tengah pekan.
Ayah yang cari tempat ini bila ia di rating agak tinggi. Kedai buka jam 9 am.
Mujur kami sampai awal, kalau tak ramailah geng motor besar dok situ.

Pagi² Wafi teringin makan ayam goreng.

Sementara menunggu makanan sampai, ibu ambil gambar dulu. Ain je lah sudi diajak bergambar 😅

Tenang je... 

Bolehlah imbas QR untuk dapatkan info mural.

Ibu dan ayah pesan Mee Kicap.

Nasi lemak ayam goreng pilihan Adam dan Ain.

Ayah ambil juga Lor Mai Kai, pulut berintikan ayam dan cendawan shitake.
Tak boleh habis sebab bau herba yang agak kuat.

Adam makan nasi lemak tanpa sambal.
Makngah rasa pelik... adam... adam..
Tapi licin pinggan dia.

Adam nampak separuh je.

Wafi pesan roti bakar + peanut + kaya.

Makan kenyang² dulu sebelum masuk sungai.

Kak Widad tidak turut serta kerana sibuk dengan assignment manakala Abang Imi ada di kampus.
 

7 comments:

  1. Bila ada lorong dengan lukisan mural yang cantik, suasana kawasan tu terus jadi lebih hidup dan menarik. Orang suka singgah ambil gambar kenangan

    Lorong yang dulu nampak suram boleh jadi tarikan pelancong ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. lorong yang suram jadi ceria dan menarik.

      Delete
  2. Memang pelik tu nasi lemak tak makan sambal. Macam makan nasi kosong dengan telur mata jel.

    ReplyDelete
  3. dulu saya pun macam adam jugak, makan nasi lemak tapi sambal tolak tepi. kalau makan pun ambil sikit je

    sekarang dah habis licin dahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. macam tak puas je makan 😁
      haaa.. sekarang baru tau sedapnya sambal nasi lemak.

      Delete
  4. Miriiiip dengan anak saya. Tiap malam nasi lemak, dan menu apapun, tak akan pernah dia pakai sambal 🤣. Memang tak kuat . Walaupun tak pedas, tetap tak mau. Makanya kalo makan dengan dia, pasti sambalnya saya ambil, buat saya 😄

    ReplyDelete