Masuk PLUS Highway tak lama tu hujan. Lebat juga. Pemanduan agak slow. Asar pun dah masuk jadi ayah berhenti di RnR Semanggol. Solat dan makan. Last makan jam 11 pagi jadi perut pun dah lapar.
Wafi beli pastries di Harolds.Sampai Ipoh sudah jam 8 malam. Ayah terus ke Gerbang Malam, Ipoh. Peniaga baru nak setup business.
Jomlah ke Semsoon Hotel yang ditempah sebelum keluar dari Penang.
Pemandangan Ipoh dari tingkat 5 Semsoon Hotel.
Ibu tukar screen protector HP ibu. Harga RM38 tak sure murah ke mahal. Nampak seller keluarkan film dari digital machine. Canggih pulak nengoknya.
Nak stay kat Ipoh ni pun last minute, jadi baju malam tak ada. Ibu belilah kaftan sehelai.
Baju balik memang ada extra, boleh lah pakai nanti. Mujur "adik²" pun ada lebih.
Jumpa ni di tengah jalan Gerbang Malam.Ayah nak mengimbau kisah lama duduk di Ipoh. Jadi kenalah datang Taman Kanak-kanak (TKK). Di sekitar TKK ni adalah gerai penjaja yang menjual pelbagai makanan dan minuman.
Popiah SS Ali ni antara yang legend.
Jomlah ke Semsoon Hotel yang ditempah sebelum keluar dari Penang.
Hotel ni bukan betul² ditengah bandar. Menyediakan parkir yang luas.
Superior Twin Room, RM140.70 semalamPancuran air kuat. Ada heater.
Set minuman yang disediakan. Litans Coffee tu pertama kali ibu jumpa.
Litans Coffee ialah jenama kopi sihat premium Malaysia yang menawarkan adunan asli tanpa perisa tiruan, kaya antioksidan dan mesra diet.
Puas dah berehat².
Jomlah balik....










Harga kat R&R biasanya memang mahal. Sedap pulak nampak popia tu. Popia basah tu kan?
ReplyDeleteMahal kat situ.. ada juga harga makanan di RnR lain yang lebih murah.
DeletePopiah tu beli yang basah dan goreng.
nampak luas la hotel tu, selesa sangat!
ReplyDeletelagi 2 minggu saya nak gi ipoh,tak sabar nak foodhunting!
haaa... yang ni hotel luas dan lebih selesa.
Deletewahhh... JJCM Ipoh pulak ya.
Ni kalau dak-dak muda gi sana mesti cari Canning Dimsum 😁
Nampak luas bilik hotel tu...yang penting selesa ye kak..buat macam SA je kak, kalau dah xde baju sgt dan buat kerja giler memang beli aje..SA pernah buat especially pi oversea..hahahaha...ke Chiangmai Chiangrai SA bawak bagpack je..ke Vietnam je SA kalah kena beli bag tarik tu..hahahahaha
ReplyDeleteTu kalau dah last choice sangat.. memang akan beli. Akak tak boleh pakai baju yang tak basuh.. auto rasa mengerenyam badan.
DeleteMemang dah niat lah tu beli baju kat oversea ya.. backpack je😁
Uwaaaah saya tak coba pula popiah itu saat ke Ipoh November kemarin 🤩🤩🤩. Memang sukaaa dengan Ipoh . kotanya tenang, makanan sedap2
ReplyDeleteMemang ada kat Taman Kanak-kanak je rasanya. Tak sure ada cawangan lain ke tidak. Asben cakap dari kecik dah makan popiah tu.
DeleteNampak selesa juga hotel nya..
ReplyDeleteSini selesa bilik hotelnya.
Delete