Semalam baca blog Linda nampak ketupat palas.. baca blog waktu lunch, puasa pulak tu.. kan dah teringin. Balik rumah sebelum prepare juadah berbuka ibu keluarkan dulu ketupat palas frozen. Adalah dalam 10 ketul. Ibu dapat petua kena betul-betul defrost ketupat tu baru rebus kalau tak isinya akan berderai. Jadinya pagi ni lah baru ibu rebus.
Serunding daging ada dalam fridge tapi malas nak cari. Jadi ibu cadang singgah gerai tepi jalan nak beli rendang ayam je. Tak mungkin ibu nak merendang ayam sendiri ๐
Tadi makan 3 biji, bancuh kopi 3 in 1.
Alhamdulillah kenyang... hilang lah craving.
Ketupat ada lagi 3, ayam pun ada extra. Rasanya bawak balik rumah tu nanti sebab lunch ibu tak makan. Nak nap je ๐

mmg rare mkn ketupat dgn ayam masak merah
ReplyDeleteTerpaksa ambil ayam masak merah sebab lauk yang lain macam lagi rare kalau makan dengan ketupat๐
DeleteMurah nya seketul ayam rm3.. dekat kafe hospital rm5.50.. hahaha..
ReplyDeleteTu lah kan.. akak harap betullah sebab memang beli ayam tu je seketul. Last week Jumaat beli nasi lemak+ayam goreng+telur goreng RM7 nampak harga standard. Pastu telur rebus ½ memang ada.
DeleteHarga kafe hospital dah macam standard kedai makan ya. Kantin kilang akak harga masih murah sebab bil api air operator kantin takyah bayar. RM5-6 dah boleh dapat 2 lauk + sayur.
spital, sewa tapak pun dah mahey...air, letrik lagi...bayo sendiri, kena buat pest control sendiri lagi.. hahhaa...itu yang jadi mahey
DeleteYe lah.. tapak pun kena sewa.. pest control lagi... kantin kilang akak tak boleh jual mahal.. nanti pekerja tak mampu nak makan situ.. lagipun kira welfare jugalah company bagi kat pekerja tanpa kenakan caj utilities pada operator kantin.
DeleteSaya ada rendang ayam dan rendang daging.... kalau ada ketupat palas depan mata, aduhai enaknya!
ReplyDeleteJom barter๐ซฃ
DeleteAduh.. teringin pula nak makan rendang dan ketupat.
ReplyDeleteKihkih... pi cari lekaih๐
Delete2 kali dah nampak ketupat palas ni. dah lepas raya baru teringin nak makan ni.
ReplyDeleteKadang gitu lah.. masa raya tu banyak makanan lain.
DeleteOh dapat ilmu baru, JD kalau nak panaskan lagi, tunggu sampai defrost betul2 yaaaa. ๐๐. Sedaap nih pasti makan dengan rendang atau pun ayam masak merah begini ๐๐
ReplyDeleteNak ngam makan dengan rendang atau serunding.
DeleteTahun ni SA x beli plak ketupat palas untuk raya..tahun lepas ada...
ReplyDeleteAkak pun tak beli tahun ni... ketupat tu raya tahun lepas punya.. masalahnya sekarang akak sorang yang makan.. Anak² tak berapa.. Dulu Rahimi suka sangat, sekarang dia tak nak makan sebab jaga badan. Tu yang kalau rebus kadang bawa ofis atau bagi adik beradik makan.
DeleteNak cari ketupat palas. Raya hari tu asyik makan lemang je
ReplyDeleteSedap tu lemang... tapi kalau dapat yang tepi keras tak best.
Deleteharini ada tetamu dtg rumah beraya lagi, ayah saya gi beli ketupat palas.japgi malam lah kita nak makan!
ReplyDeleteDah lepas Syawal kalau ada yang datang beraya takde lah kalut sangat. Rasa lebih santai.
DeleteKetupat jantan ke tu? Sini jarang jumpa. Selalu orang buat versi kecik. Betina katanya.
ReplyDeleteEntah lah jantan ke betina tapi yang akak perasan anyaman ketupat pantai timur dan utara ada beza. Kami orang Selangor pandai makan je ๐
DeleteRaya ini Sha macam tak jumpa lagi ketupat palas.. Sedap juga makan dengan ayam masak merah..
ReplyDeleteApa yang ada je hehe...
Delete