Pages

Tuesday, April 21, 2026

Sarapan Ketupat Palas

Semalam baca blog Linda nampak ketupat palas.. baca blog waktu lunch, puasa pulak tu.. kan dah teringin. Balik rumah sebelum prepare juadah berbuka ibu keluarkan dulu ketupat palas frozen. Adalah dalam 10 ketul. Ibu dapat petua kena betul-betul defrost ketupat tu baru rebus kalau tak isinya akan berderai. Jadinya pagi ni lah baru ibu rebus.

Serunding daging ada dalam fridge tapi malas nak cari. Jadi ibu cadang singgah gerai tepi jalan nak beli rendang ayam je. Tak mungkin ibu nak merendang ayam sendiri ๐Ÿ˜
 
Aiseyyy.. pagi ni pulak rendang ayam tak ada. Ada seketul ayam masak merah yang tinggal... haaaa boleh lah. Seketul RM3 je.. 
Tadi makan 3 biji, bancuh kopi 3 in 1. 
Alhamdulillah kenyang... hilang lah craving.
Ketupat ada lagi 3, ayam pun ada extra. Rasanya bawak balik rumah tu nanti sebab lunch ibu tak makan. Nak nap je ๐Ÿ˜Ž

24 comments:

  1. mmg rare mkn ketupat dgn ayam masak merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa ambil ayam masak merah sebab lauk yang lain macam lagi rare kalau makan dengan ketupat๐Ÿ˜

      Delete
  2. Murah nya seketul ayam rm3.. dekat kafe hospital rm5.50.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan.. akak harap betullah sebab memang beli ayam tu je seketul. Last week Jumaat beli nasi lemak+ayam goreng+telur goreng RM7 nampak harga standard. Pastu telur rebus ½ memang ada.
      Harga kafe hospital dah macam standard kedai makan ya. Kantin kilang akak harga masih murah sebab bil api air operator kantin takyah bayar. RM5-6 dah boleh dapat 2 lauk + sayur.

      Delete
    2. spital, sewa tapak pun dah mahey...air, letrik lagi...bayo sendiri, kena buat pest control sendiri lagi.. hahhaa...itu yang jadi mahey

      Delete
    3. Ye lah.. tapak pun kena sewa.. pest control lagi... kantin kilang akak tak boleh jual mahal.. nanti pekerja tak mampu nak makan situ.. lagipun kira welfare jugalah company bagi kat pekerja tanpa kenakan caj utilities pada operator kantin.

      Delete
  3. Saya ada rendang ayam dan rendang daging.... kalau ada ketupat palas depan mata, aduhai enaknya!

    ReplyDelete
  4. Aduh.. teringin pula nak makan rendang dan ketupat.

    ReplyDelete
  5. 2 kali dah nampak ketupat palas ni. dah lepas raya baru teringin nak makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang gitu lah.. masa raya tu banyak makanan lain.

      Delete
  6. Oh dapat ilmu baru, JD kalau nak panaskan lagi, tunggu sampai defrost betul2 yaaaa. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Sedaap nih pasti makan dengan rendang atau pun ayam masak merah begini ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ngam makan dengan rendang atau serunding.

      Delete
  7. Tahun ni SA x beli plak ketupat palas untuk raya..tahun lepas ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tak beli tahun ni... ketupat tu raya tahun lepas punya.. masalahnya sekarang akak sorang yang makan.. Anak² tak berapa.. Dulu Rahimi suka sangat, sekarang dia tak nak makan sebab jaga badan. Tu yang kalau rebus kadang bawa ofis atau bagi adik beradik makan.

      Delete
  8. Nak cari ketupat palas. Raya hari tu asyik makan lemang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu lemang... tapi kalau dapat yang tepi keras tak best.

      Delete
  9. harini ada tetamu dtg rumah beraya lagi, ayah saya gi beli ketupat palas.japgi malam lah kita nak makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lepas Syawal kalau ada yang datang beraya takde lah kalut sangat. Rasa lebih santai.

      Delete
  10. Ketupat jantan ke tu? Sini jarang jumpa. Selalu orang buat versi kecik. Betina katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah jantan ke betina tapi yang akak perasan anyaman ketupat pantai timur dan utara ada beza. Kami orang Selangor pandai makan je ๐Ÿ˜

      Delete
  11. Raya ini Sha macam tak jumpa lagi ketupat palas.. Sedap juga makan dengan ayam masak merah..

    ReplyDelete