Pages

Sunday, May 3, 2026

Beli Hadiah Untuk Sensei Di Montigo

Wafi ajak ke Montigo untuk beli tumbler hadiah buat guru kelas,  Sensei Asmahani. Beliau mengajar Bahasa Antarabangsa Jepun.

Kawan² kutip RM5 seorang. Total yang mereka kumpul RM145.00

Kawan² minta Wafi belikan. Kalau kat Kedah mereka kena pergi ke Alor Setar atau Penang untuk beli.

Kedai ni tak besar pun tapi nampak ramai pelanggan.

Wafi ambil Montigo Ace Bottle 950ml

Sebiji tu RM109.90

Pilihan lain.

Pilihan tapak dan penutup yang ada. Harga setiap satu RM25.

Dengan setiap pembelian botol, boleh beli botol kedua dengan harga diskaun.

Disebabkan Wafi sudah ada tumbler jadi ibu belikan untuk Kak Widad pula. Ambil tumbler berharga RM109.90 dengan harga RM65 sahaja. Kak Widad tak add on tapak atau engrave nama.

Engrave nama atas botol.

Tulisan yang dipilih. Sweet je kaler ni. Wafi kata sensei suka pink colour.

Total semua untuk hadiah cikgu RM150.40

Botol RM109.90
Tapak RM25
Engrave nama RM15
Paper bag RM0.50

Kad beli di Objet.

Mana yang kurang tu ibu tambahlah duit.

1 comment:

  1. cantik warna tumbler tu. soft pink memang sesuai dgn kaler lavendar :D

    ReplyDelete