Pages

Tuesday, July 28, 2026

Bye² Redang... Hingga Jumpa Lagi

Hari kedua kami check-out bilik jam 9.00 pagi seperti yang telah dinyatakan dalam itinerary. Jadual bot ke tanah besar dijadualkan dari jam 10.30 pagi.

Masa yang ada kami berehat² sahaja di depan resort.
Tiada masalah pun bagi pengunjung walau check-out awal sebab bila kami sampai jam 10.30 pagi, bilik telah tersedia. 





Jumpa kawan² baru di pulau.


GRah Nasir dari Johor.
Masa nak naik bot di Jeti Merang kami sudah bertegur sapa. Setiap kali jumpa kat resort akan bertukar² cerita pasal aktiviti kami.

Anak GRah yang senang mesra dengan Kak Widad. Ni kalau dapat trip snorkeling sama² mesti lagi happy budak dua orang ni. Sebab pakej/agen lain² jadi tak dapatlah naik bot sama.


Adik baju putih ni memang random je. Datang² tanya boleh tak nak baring atas hammock. Aihhh... sila²... bukan hammock kami pun😅

Diorang ni pulak peramah... macam² lah kami bualkan. Sembang² rupanya kami dok berjiran je. Rumah dekat dengan ofis ibu 😆
Datang sini 3H2M dengan kawan². 

Muda lagi... budak² ni baru 21 tahun..
errrrr... ibu kena bahasakan diri makcik lah eh instead of kakak 😂😂

Jam 10.30 pagi bot jemput kami untuk ke tanah besar.

Kami akan naik bot di sebelah kanan itu.

Percutian di Pulau Redang sangat menyeronokkan kerana pantainya bersih, air lautnya jernih dan pemandangannya memukau. Aktiviti seperti snorkeling dan menyelam memberikan pengalaman yang mengujakan dengan keindahan hidupan marin. Kemudahan penginapan juga selesa serta layanan mesra krew dan keramahan pelancong lain menjadikan percutian ini pengalaman yang indah dan sukar dilupakan.

Alhamdulillah... perjalanan 40 minit dari jeti Delima Redang Resort ke Jeti Merang lancar. Cuaca pun sangat baik.

Balik naik speedboat yang lebih kecil, lebih kurang 15-16 orang penumpang. Pilot/driver boat pasang pulak lagu² best, kemain masing² berkaraoke. Walau tidak mengenali, semua pun sporting menjadikan perjalanan terasa cukup cepat pula.

Walaupun percutian singkat, pasti meninggalkan pengalaman yang berbeza buat kami. Insyaallah kami akan kembali bersama Abang Imi dan Wafi.

Ini pakej & Itinerary yang kami ambil melalui Zahin Travel.

DELIMA REDANG BEACH RESORT (2 Hari 1 Malam)

HARGA :
HUJUNG MINGGU 
- 3 orang sebilik: RM320 seorang 
RM320 x 3 orang = RMRM960

PAKEJ TERMASUK: 
- Boat transfer pergi balik (Merang - Resort - Merang) 
- Penginapan untuk 1 malam 
- 1x sarapan pagi, 1x makan tenghari, 1x makan malam, 1x Hi-tea
- 1x Snorkeling trip (open sea)
- Perlindungan insurans bot
 
TIDAK TERMASUK: 
- Jaket keselamatan & normal mask 
: RM20 /dewasa & kanak-kanak (bayar di resort)

- Cukai pelancong luar negara
: RM10 /bilik /malam (wajib) 
 
- Marin Park Consevation: 
: RM5 /dewasa (warganegara) 
: RM30 /dewasa (bukan warganegara) 
 
- Tambahan tiket feri return dari Syahbandar ke Redang Mutiara 
: RM60 /dewasa 
: RM50 /kanak-kanak (3 - 12 tahun)

TAMBAHAN AKTIVITI:
- Turtle Point & Busung Pasir Pulau Kerengga (RM45/pax)
- Candat Sotong Max 10 pax (RM850/bot) 
- 4 jam jelajah pulau max 20 pax (RM500 /bot)
- Jungle Trekking min 5 pax (RM25 /pax)

 JADUAL PERJALANAN:
Hari pertama: 
09.30am: Naik feri dari jeti Merang ke Resort 
12.00am: Welcome drink & daftar masuk bilik (jika bilik sudah tersedia) 
12.30pm: Makan tengah hari (buffet) 
02.00pm: Snorkelling trip 2 jam (elektrik dimatikan) 
04.00pm: Hi tea dan aktiviti bebas (bola pantai, bola sepak pantai, berenang) 
07.30pm: Makan malam @ BBQ dan aktiviti indoor (carom dan karaoke) 
 
Hari kedua:
07.30am: Sarapan (buffet) 
08.30am: Daftar keluar bilik 
(Antara 08.30am - 11.00am bertolak dari resort ke Jeti Merang)
 
JADUAL FERI: 
- Anggaran masa perjalanan feri sehala adalah 50 minit 
- Sila berada di jeti 15 minit lebih awal 
- Waktu feri pergi ke pulau 09.30am 
- Waktu pulang ke tanah besar jam 08.30 - 11.00am  
- Sila ikut jadual ini untuk feri pergi balik

Lainkali kalau nak kembali ke Pulau Redang kami akan cuba book terus melalui hotel/resort pula.

Bagi sesiapa yang nak ke pulau² di Ganu boleh rancang awal² percutian. Pulau akan ditutup dari bulan November sehingga Februari dan akan dibuka semula pada bulan Mac. Boleh juga confirmkan dulu dengan pihak resort.

Lagi satu book lah resort awal dan buat comparison terlebih dahulu sebab setiap resort menawarkan harga pakej yang berbeza (weekday, weekend & peak period). Masa kami pergi tu 2 minggu sebelum pergi baru decide nak ke pulau. Jadi cari je lah pakej yang masih available dan mesra poket😆.
 

2 comments:

  1. Time duduk Kerteh dulu kerap juga ke pulau2 belah sana. Rindunya. Laut langit biru cantiknya Subhanallah

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh repeat lagi bawa Abang Imi dengan Wafi pulak! Mesti lagi meriah trip family. Boleh terus book sendiri direct resort nanti untuk dapat lebih masa & fleksibel.

    ReplyDelete