Laguna Redang Island Resort, Redang Island Resort, Redang Lagoon Chalet dan beberapa lagi. Kat situ Laguna Redang Island Resort nampak paling cantik.
Belah kanan ni jeti untuk yang menginap di resort sepanjang Long Beach.
Kak Widad dah minta ayah book resort ni kalau datang Pulau Redang lagi.
Kak Widad dah minta ayah book resort ni kalau datang Pulau Redang lagi.
Pitammmmm
Semua ni RM44
Malam kami datang semula lepak kat pondok depan kafe.
Traktor tu akan ambil/hantar pelancong ke jeti. Jauh juga kalau nak menapak bawa beg.
Hujung tu Redang Reef Resort.
Malam selepas dinner kami jalan lagi ke Long Beach sebab tak ada apa nak buat. TV pun tak ada kan 😁
Jalan situ macam kat negara China... mostly pelancong dari tanah besar. Penyanyi kat kafe² resort pun nyanyi lagu diorang.. hurmmm
Mujurlah kafe Kopitiam tu busker nya Malay.. adalah hiburan.. sesekali diselangseli nyanyi lagu omputeh.
Lepas tu duduk kat gazebo depan Kopitiam dan order makanan dan minuman sikit. Takkan nak duduk sesaje.
Nampak tak Kak Widad..sejenis yang random... kalau beria pakai baju akan mengherlip-gherlip... bila nak sempoi... pakai kaftan je 😂😂
Habis je makan dan minum sembang anak beranak tetiba bunyi rintik hujan. Cepat² lah balik ke resort. Di pertengahan jalan kemain lebat lagi. 10 minit memang terasa jauh. Lenjun habis. Tak sangka pulak akan hujan. Rupa²nya malam sebelum tu pun sama, hujan turun juga.
Sampai resort sebenarnya masih awal, belum pun jam 10.15 pm, namun keadaan dah sunyi. Apa lagiii... masing² tarik selimut terus tidur, sejukkkkkk.



































Mahal juga harga makanan dan minuman di kopitiam tu. Standard pulau la yek.
ReplyDeleteLawalah Laguna Redang Island Resort tu. Rate dia pun lawa juga ya, kak. 😁
Redang Reef Resort tempat sy menginap. Blkg blok2 penginapan ada private pantai mcm berteluk lebihkurang dan ianya khas utk tetamu Redang Reef Resort sahaja… tetamu resort lain tidak dibenarkan masuk ke sini.. Tetamu Redang Reef Resort ini turun di jeti betul2 berhadapan dgn resort. Bilik sy duduk lebihkurang 7-8m ke pantai.. memang dekat sgt2. Seronok jln malam2 kt long beach tuu .. meriahhh..
ReplyDelete