Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kami terus ke Restoren Singgang Budu. Masa sampai tu jam lebih kurang 1 tengahari. Tengok orang pun tak ramai. Lapang je kedai. Jadi ibu pun ambillah gambar beberapa station lauk pauk sambil fikir apa nak makan.
Masa ambil gambar tu, staff cakap restoren tutup kak, buka nanti jam 2.30 pm.
Oo laaa....
Takpe lah kalau gitu... kita jalan² cari MrDIY sebab Kawi nak beli topi. Tutup guys😅.
Drive lagi ke depan kot ada Mixue boleh lah sejukkan tekak. Sepanjang jalan tengok semua kedai pun tutup.
Rupa²nya di Terengganu semua premis perniagaan akan menghentikan operasi sementara pada waktu Solat Jumaat, lazimnya sekitar jam 12.30 sehingga 2.30 pm. Kak Widad pulak tak perasan sebab hari Jumaat tengahari jarang keluar.
Lepas solat Jumaat, kami patah balik ke restoren. Orang pun dah mula ramai. Mostly tengok orang luar, siap ada yang turun dari bas. Orang sebelah kami katanya dari Ipoh.
Cara kat sini, ambil makanan, kira dan bayar terus. Sementara tu salah seorang carilah tempat duduk dulu.
Makanan yang diambil.
Singgang ikan ayah suka betul, habis kuah dihirup. Ikan tongkol lembut. Sotong pulak kemain besar lengan baby Saif. Walaupun besar tak liat, rasa pun sangat fresh. Telur sotongnya pulak penuh. Ayam goreng panas². Ikan seekor kecil tu ikan rebus goreng. Walaupun nama restoren Singgang Budu, ibu tak adalah ambil budu. Boleh je makan cuma tak pandai nak menikmati. Harga makanan RM68 termasuk tax.
✅️Restoren Singgang Budu <checked>
Lepas ni kalau ke KT nak try Restoren Kolok Street pula. Samalah konsepnya menjual makanan berlauk.
Lepas makan, kita singgah sini jap jumpa anak buah segera🫠
Ceritanya masa kat Resto. Singgang Budu, Kak Widad kata nak jumpa Raziq kawan baik sama² Poli dulu yang study kat UMT. Masing² pun dah habis study tinggal nak intern je, jadi lepas ni mungkin tak jumpa dah. Sepanjang 3 tahun kat Terengganu hanya contact gitu² takde pun nak gathering padahal ramai kawan² Poli study kat Unisza & UMT. Masing² busy gamaknya.
Bila Kak Widad cakap pasal UMT tu ibu terus teringat anak Puan Hazel yang baru register Asasi. Haa.. bolehlah ibu tapaukan sekali makanan sebab Kawi pun nak tapau untuk Raziq. Sebelum tu whatsapp dulu PH. ehh.. lambat plak berjawab, kot lah sedap² tidur berehat²... maklumlah jam² gitu waktu orang tengah berehat😅. Terus je lah call bagitau hajat semua😆 dan minta contact no. Abang.
Restoren Singgang Budu ke UMT dalam 15 minit perjalanan. Lepas jumpa anak soleh PH, barulah kami ke rumah sewa Raziq, drive 2-3 minit je dari UMT.
Raziq kawan Kawi dari Johor.
Ada few company dah interview intern, cuma tunggu panggilan. Kak Widad confirm dah dapat 2 tempat intern cuma ada nak tunggu tempat lain. Nanti baru buat pilihan.
Depan sikit UMT, Unisza Kampus Gong Badak tempat Abang Imi study. Insyaallah bulan October nanti ibu ayah sampai untuk konvo Abang Imi.











meriah sungguh lauk pauknya...hah kena tunggu lps solat jumaat la jawabnya
ReplyDeletePatut la tak ramai orang, kedai tutup utk solat Jumaat rupanya. Mujoq tak ambik nasi & lauk lagi hihi...
ReplyDeleteTqsm lawat anak kita 😘😘😘
Abang pun ada kawan dekat unisza tu, tapi kawan dia asyik busy, budak medic. So tak jumpalah lagi.
Semoga pilihan yg terbaik utk Kawi 🤲🏻
Sedap2 belaka...Dah habis kak Kawi belajar tggl nak intern jer...semoga dipermudahkan...
ReplyDeletemeriah nampak sedap lauk pauknya
ReplyDeletememang sedap, kak ana pun suka sekali sekala makan lauk singgang budu gini
ReplyDeleteIni kalau bawa Suami ke sini, yang pasti lauk senggey laa dia akan amik.. Lin pula suka yang ulam-ulam tu haaaa .. rambang mata nak makan apa ekkkk
ReplyDelete