Dari Jeti Merang, kami terus menghala ke Kuantan. Purposely ikut jalan pantai sebab nak tengok laut. Kak Widad drive sepanjang perjalanan.
Area Kuala Terengganu Kawi singgah Kopi Saigon. Pilihannya Kopi Karamel... uishhh... manis di tekak ibu. Lepas sedut, minum Americano ais ayah. Baru puas telan kopi tanpa gula.
Tengahari ingat nak lunch kat tempat makan sekitar Pantai Kelulut. Rupanya banyak kedai tak buka lagi.
- Keropok lekor
- Sotong (2 orang makan)
- Udang
- Ikan
Ikan Kembung.
Jenuh juga nak menghabiskan udang ni bila Kawi dan ayah bukan pemakan. Ibu ambil untuk sorang makan tapi kemain banyak.
Makan kat sini puashati betul... Setakat ni makan kat Ganu sentiasa dapat makan seafood yang segar. Harga pulak tu kadang tak terjangkau fikiran. Kat Terengganu nak makan seafood macam tak payah lah nak tahan².., ambil je. Harganya pasti sangat memuaskan.
Harga makanan, air kami minum ais kosong sahaja. Yang ibu perasan, mostly kedai makan kat Terengganu akan menyediakan air kosong secara gratis.
Warung Aziz Satar ni ada beberapa dan terletak tidak jauh antara satu sama lain.
Ibu dan ayah je masuk warung. Kawi ibu kupaskan satar 2 biji. Takleh masuk dalam kereta satar dalam daun, nanti sepah² berterbangan kulit tu.
Takpe lah.. takde lah craving sangat sebab dah makan.
Ajomlah kita ke destinasi terakhir percutian iaitu Kuantan.








.jpg)


.jpg)








No comments:
Post a Comment