Pakej yang kami ambil include 4 kali makan iaitu lunch, tea time, dinner dan breakfast. Memang tak sempat lapar lah duduk kat pulau ni.
Dalam bilik tidak disediakan air minuman tetapi boleh ambil dari mesin minuman sejuk dan panas yang disediakan di kantin. Disediakan mug, teh dan gula. Bancuh kalau teringin nak minum.
Makan Tengahari
Pinggan ibu.
Ada pulak terung berlada... memang favourite ibu lah.
Minum Petang
4.30 - 5.30 pm
Pengat Pisang dan Karipap KentangPinggan ibu.Tengok tu makan sampai tertunduk²... sedap sangat kata Kak Widad. Dahtu berbiji² karipap masuk perut Kawi. Lunch dia tak makan sebab sebelum tu makan keropok lekor kat Kopitiam. Lepas snorkeling atas bot lagi dah mengadu lapar. Haaa.. sapa soh tak ambil lunch.Makan Malam
7.30 - 9.00 pm
Kebetulan hari yang kami datang tu malam disediakan BBQ. Pihak resort akan rotate menu BBQ ni, bukan setiap hari.Ayam Bakar dan Ikan Bakar.
Kebetulan hari yang kami datang tu malam disediakan BBQ. Pihak resort akan rotate menu BBQ ni, bukan setiap hari.Ayam Bakar dan Ikan Bakar.
Ayam pulak bahagian drumstick dan thigh. Disediakan sos blackpepper.
Tengok gambar ni pun boleh teringat² sedap betul perapan ayam kat sini.
Udang Bakar, tembikai tak terambil gambar.Ikan Bakar Portugese style.Pinggan ibu.
Ada Nasi Goreng Jagung.
Ibu tengok ada yang makan berketul² ayam bakar, mesti lapar sangatlah tu seharian dok dalam air.
Sarapan Pagi
7.30 - 9.00 am
Mee Goreng dan Bihun GorengNugget dan Sosej.Yang ni memang awal-awal budak-budak serbu.
Station Roti & Bijirin.Bubur Ayam.Pinggan ibu.Ambil bubur juga.
Station Roti & Bijirin.Bubur Ayam.Pinggan ibu.Ambil bubur juga.
Semua makanan dihidang secara buffet. Makanlah seberapa banyak perut mampu😆. Bila makanan dah berkurang, krew akan topup lagi.
Alhamdulillah semua makanan yang dihidang sangat sedap, menepati tekak kami. Memang puas hati. Variety tak banyak tapi sangat cukup. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Kiranya tak akan laparlah kalau duduk kat pulau ni.


















Tengok social media memang ramai ke Pulau Rendang kan, rindunya
ReplyDeleteSekarang bagus.. budak-budak muda suka up kat TT @ YT, jadi kita boleh dapatkan gambaran sesuatu tempat.
DeleteMengancam betul tengok ayam bakar BBQ tu! Tengok gambar pun dah boleh agak perapan dia mesti meresap & sedap. Berbaloi sangat kalau dapat lauk-pauk buffet yang tak putus & sentiasa kena topup macam ni
ReplyDeleteSama la kita Kak, kalau nampak terung berlada/sambal memang terus bertambah selera! Rezeki betul dapat pakej makan 4 kali sehari yang lengkap & menepati selera. Memang betul-betul tak sempat nak lapar kalau dok pulau ni
Walaupun ada timing tapi masa makan akak tengok ramai yang turun on time. Ada masa kami turun lewat tapi Alhamdulillah makanan still ada.
Deletemeriah juga menunya...sbb kdg ada baca bila menu pakej ni ada yg tk ok...rezeki juga tu dpt bbq menu
ReplyDeleteHaa betul.. akak ada baca review ada resort yang makanan tak ok. Alhamdulillah kat Delima Redang semua sedap bagi kami dan portion makanan pun mencukupi. Kebetulan hari Sabtu yang kami pergi tu malam menu BBQ.
Deletepuas hati macam ni, senang amik terus dengan pakej makan.. tak payah nak fikir dah..lagi untung, merasa BBQ orang bakar..tinggal makan je..
ReplyDeleteMemang better ambil pakej makan terus sebab kalau nak makan kat gerai/kafe lain, macam tak banyak lah. Nak kena jalan pulak. Yang BBQ tu petang diorang dah bakar, jadi by dinner jam 7.30 pm semua dah ready, peserta tinggal makan je.
DeleteIni yg saya sukaaaa 😍😍😍. Apalagi kalau sistem buffet. Memang puaaaaas. Ntah kenapa kalau liburan ke laut itu, selalunya akan cepat lapar 😄
ReplyDeleteBetullah...cepat lapar bila duduk tepi laut... agaknya kena hembus bayu laut 😂😂
DeleteHush terung berlada peberet akak juga. Haah kan kalau tepi pantai cepat lapar Dan layan angin pantai pulak cepat ngantuk. Sedapnya menu bbq
ReplyDeleteSedap kan kak kalau dapat terung berlada.
DeleteSedap-sedap menunya. Kita terliur tengok terung berlada tu haa. Favourite saya jugak. hihi...Minum petang pun sedap siap ada pengat lagi tu. Rugilah kalau tak makan, kan dah lapar tu KaWi.
ReplyDeleteYang bakar-bakar tu sangat menyelerakan lah. Alhamdulillah happy tummy dapat makan makanan sedap-sedap kat sini. Memang puas hati lah kan.
Full tummy, happy life kekdahnya hehe...
DeleteAlhamdulillah semua puas hati Fiza.
Saya yang baca ini pun ikut rasa puas hati tengok menu yang dihidangkan terutama waktu berbbq tu.
ReplyDeleteMakanan dia semua berasa... Alhamdulillah, puas hati.
Delete