Pages

Wednesday, September 30, 2026

Jogja 2026 - Gumuk Pasir, Pantai Parangtritis & Pantai Padang Mekas

Wisata seterusnya adalah ke Gumuk Pasir atau sand dunes.

Dari Masjid Agung Kulon Progo, perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke Gumuk Pasir Barchan.

Antara aktiviti  yang boleh dilakukan di sini ialah sandboarding. Tapi masa kami datang, tak nampak pula orang bermain sandboarding. Ramai yang memilih menaiki jeep untuk aktiviti adventure.

Untuk satu jeep, kami bayar IDR600,000 (RM140.90) beserta pemandu.

Yang menariknya, gambar dan video pun driver akan ambilkan dan semuanya sudah termasuk dalam pakej.

Kat tempat jeep tu pun ada yang menjual spec hitam.. katanya untuk elakkan mata masuk pasir. Menarik kan.. semua ada😁
Kami tak adalah beli sebab masing² dah ada spec.

Gumuk Pasir Barchan terbentuk melalui proses pemendapan pasir dalam tempoh yang sangat panjang. Pasir vulkanik daripada Gunung Merapi dibawa oleh Sungai Opak ke laut, kemudian ditiup angin dari Lautan Hindi ke daratan.

Pasir yang terkumpul secara beransur-ansur di kawasan Parangkusumo inilah yang akhirnya membentuk gundukan pasir yang unik.

Gumuk Pasir Barchan Parangkusumo mempunyai bentuk bulan sabit yang dipengaruhi oleh tiupan angin dominan yang konsisten. Corak pasirnya pula beralun-alun seakan-akan berada di gurun.

Bentuk gumuk pasir ini boleh berubah mengikut musim dan kelajuan angin. Pada musim kemarau, pasir lebih kering dan gundukannya boleh menjadi lebih tinggi, manakala ketika musim hujan, bentuknya menjadi lebih rendah.

Ini pengalaman pertama menaiki jeep macam ni.

Memang kena pegang kuat-kuat pada palang jeep! 😂
Laluannya berpasir, berliku dan berbukit-bukit, pula tu tak rata. Rasa macam nak tercampak pun ada.

Nak duduk boleh, nak berdiri pun boleh... cuma kena awas sebab ada ranting-ranting pokok di sepanjang laluan.

Memang adventure betul!


Barulah kami tahu macam mana mereka ambil gambar dan video sepanjang perjalanan.

Akan ada dua buah jeep yang bergerak serentak — Jeep A dan Jeep B.

Driver Jeep A akan ambil gambar dan video Jeep B, manakala driver Jeep B pula akan ambil gambar dan video Jeep A.

Bila selesai aktiviti, driver akan bertukar-tukar gambar dan video untuk digabungkan.

Terer betul mereka ni. Sambil memandu, sambil ambil gambar dan video.

Nampak memang pro.

Hasil gambar dan videonya pun sangat cantik dan jelas. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar.

Segala aksi tu kita buatlah apa yang disuruh... sebab dah kering idea juga nak posing macam mana. 😂

Lepas puas meredah gumuk pasir, kami dibawa pula bergambar di kawasan Hutan Cemara.

Pokok cemara ialah sejenis pokok yang biasanya tumbuh tinggi dan berbentuk runcing, dengan daun kecil seperti jarum. Pokok ini sering ditanam sebagai pokok hiasan dan juga boleh membantu mengurangkan hakisan tanah.

Di kawasan pantai seperti sekitar gumuk pasir, pokok cemara laut banyak ditanam kerana ia tahan terhadap tiupan angin kencang dan keadaan berpasir. 🌳

Selepas itu, driver bawa kami ke pantai.

Kami sampai di kawasan Pantai Parangtritis.

Pasir di Pantai Parangtritis berwarna hitam kerana mengandungi banyak mineral vulkanik berwarna gelap yang berasal daripada aktiviti gunung berapi, termasuk Gunung Merapi.

Pasir tersebut dibawa oleh sungai seperti Sungai Opak ke laut. Kemudian ombak dan angin mengangkut serta mengumpulkan pasir itu di kawasan pantai.

Kandungan mineral seperti magnetit menyebabkan pasir Pantai Parangtritis kelihatan hitam dan sedikit berkilau.

Di depan sana adalah Lautan Hindi yang terbuka dan luas.

Ombaknya sangat kuat... cuma dari dalam gambar tak nampak pula kekuatannya.

Bunyinya pun agak menakutkan.

Ini belum lagi kalau laut sedang bergelora. Kalau berlaku, pasti ombaknya lebih tinggi dan bergulung-gulung.


Driver bawa kami sampai ke hujung pantai.


Kawasan yang kami sampai ini dinamakan Pantai Karang Mekas.

Kat sini nenek tak nak turun.
Ibu je lah yang koch-koch hota hai dengan Bami. 😁


Lantaklah... betulkan tudung sana sini pun terangkat juga kena tiup angin.

Driver jeep tanya,
“Mahu minum tepi laut?”

Ehhh... mesti lah nak!

Dia pun carikan gerai yang ada di tengah-tengah kawasan pantai.

Peniaga minta kami duduk di bahagian dalam sebab kalau duduk di meja luar, lebih terdedah kepada tiupan pasir.

Memang betul pun.

Kerusi dan meja di luar sudah penuh dengan pasir. Tapi makanan mereka disimpan dalam bekas, jadi lebih terlindung.

Ada tapai/tape ubi/singkong.

Mee goreng.

Boleh je kalau nak order indomie ke tapi kami taknak makan berat.

Ibu ambil tapai 2 bungkus.
Sedap betul... rasanya manis.

Sebab sedap... nenek minta bungkuskan 2 bungkus.

Namun sayang.... malam bila nak makan tapainya sudah terasa masam. Tak sama pula seperti yang makan siang harinya. Mungkin peniaga bagi bungkusan yang lama.. tidak ada rezeki nampaknya.

Santai... kalau dapat berlama-lama di sini kan best.

Ibu order 2 biji kelapa share bertiga.

Gambar ni depan gerai.

Selain naik jeep, boleh juga naik kereta kuda di pantai ni.
Make sure tudung tu pakai elok-elok. Takut terbang pula sebab anginnya memang kuat. 😂

Masa nak balik ni terasa lah pasir pantai menyapa ke muka. Ibu ingatkan ada rambut terkeluar dan terkena muka, bila ibu raba-raba muka takde lah rambut. Rasa macam semut pun ada. Bila tanya Bami sama.. pasir-pasir halus terkena muka. Pakaian pun terkena sama.


Ini sajalah gambar yang sempat diambil di Pantai Parangtritis.
Gambar nampak agak gelap sebab kami menghadap cahaya.

Beginilah rupa pasirnya — hasil daripada tiupan angin yang membentuk corak dan lingkaran di permukaannya.

Habis dah aktiviti pantai.
Jadinya kita ke tempat jeep berkumpul dan mencari Mas Donz yang setia menanti di sana.

20 comments:

  1. Cantiknyaaaaa especially gambar pertama tu....siyes cantik sangat...pandai nenek posing bersahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya nenek kalau bergambar memang gitu.. macam takde perasaan😅

      Delete
  2. Dalam list ni, moga sampai sana nanti. Seronok tengok foto di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip kacang je ni bagi Mulan dan family😆.. tapi memang bestlah Jogja... cuma sayang tak dapat nengok Gunung Merapi dengan jelas dan awan karpet tidak kelihatan.

      Delete
  3. Pasir gumuks dulu tak ada tapi kat pantai tu kita orang naik kereta kuda. Best. Ombak dia memang kuat bahaya kalau mandi katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa ada baca kak notie dan gang UB naik kuda. Saya tak berkesempatan.. ingat nak naik kat Candi Borobudur tapi dah tersilap.percaturan.

      Delete
  4. Seronoknya dah sampai sini. Sand Dunes saya cuma pernah ke Western Australia sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makkaihhh.... tu lagi jauhhhh dan besar tempatnya dan mesti lagi banyak aktivitinya.

      Delete
  5. Menariknya! Gambar-gambar pun cantik sangat!

    ReplyDelete
  6. Gambar yang first tu, mcm cover magazine.. jangan lupa buat Photobook ya..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiiii.... niat ada.. akan cuba diusahakan. Nak memilih gambar tu bercinta betul huhu

      Delete
  7. Isssh saya pun belum pernah kesiniiiii kak 🤣🤣🤣. Sebenarnya teringin, tapi dulu2 tak pas waktunya. Selalu dalam musim hujan, jadi tak nak

    Tapi terbayang lah, kalau nak main sandboarding, apa tak masuk mata itu pasir 🤣.

    Angin di daerah pantai sana memang kuat sangat. Terbayang lah wajah lengket Krn tertempel pasir2 halus 😅😅.

    Pantai Parangtritis ini memang ombak kuat. Bisa dibilang seluruh pantai di kawasan itu, panjaaaaaaaang sangat, rata2 ombak besar. Memang tak boleh berenang. Dah banyak kasus orang tenggelam juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hujan kena pakai raincoat atau lepas hujan sama juga sebab baju boleh kotor.
      Haaa betul².. Pantai Parangtritis termasuk dalam Pantai Selatan/Kidul yang panjang sangat. Haritu masa kami kat pantai tak perasan orang berenang pun. Cuma ada yang berkelah tepi pantai sahaja.

      Delete
  8. mesti drebar tu bawak kereta macam F1 kan? kalau saya risau pasir masuk mata je.
    tapi view tepi pantai tu sangat cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang mereka sarankan pakai glasses dan memang ada jual.. tibah🫣

      Delete
  9. Dah taraf pro tu sambil drive sambil ambil video.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang yang seram Cie.. dah lah laluannya tak rata.

      Delete
  10. Dulu saya ingat sand dunes itu hanya ada di Australia 🤭 Rupanya ada di Pulau Jawa, termasuk di Bromo kalau tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak sebesar yang kat Australia kak..

      Delete