Pages

Friday, September 25, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Khamis, 3/9/2026

Ibu sepatutnya ambil 1/2 day untuk bawa Wafi ke BSN, ganti kad bank yang dikatakan "hilang" tu. Namun leave ibu tak approve, bos hanya benarkan ibu ambil Time Off sahaja. Cadangnya lepas setel urusan bank nak bawa Wafi pergi SCM, makan² kemudian beli barang asrama.

Bila dah gitu, ibu ambil Wafi kat rumah, bawa ke BSN lepas tu belikan makanan. Ibu minta Abang Imi ambil Wafi jadi ibu terus masuk ofis semula.

Balik kerja ganti balik plan yang tertangguh. Kita pergi makan berempat di Hock Kee Kopitiam lepas solat Maghrib.

  • Kaya Butter Toast (tiba² tukar potongan biasanya memanjang)
  • Koay teow goreng (dah jadi favourite Kawi)
  • Bihun Tomyam Seafood
  • Hor Fun
Nah bersusun² udang, semua taknak makan.. bubuh pinggan senang sikit nak kopek.
Ibu je makan.

Bawa Wafi ke sini sebab dia tak pernah sampai.

Budak yang paling lapar. Dia boleh habis semangkuk bihun tomyam.
Sedap sangat katanya. Kenalah tu dengan citarasanya.

Sebelum balik tapau egg tart dulu. Belikan juga untuk Cik Wada, sebagai buah tangan. Wafi nak jumpa dak Saif, rindu dah lama tak jumpa.

Habis Saif digomol² kakak².
Pasrah je dia ni.

Last sebelum balik.
15 minit je takleh lama. 
Dak tecik ni nak tidur dah.

 

16 comments:

  1. awat tk mkn udang tu..rezeki ibu la dpt mkn smua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa memang tak minat udang, lebih suka sotong.

      Delete
  2. Untung la ibu, depa tak mau udang tu :)

    ReplyDelete
  3. Saya nak egg tart tu hihihiii....Udang yang bersusun tu pun bagilah kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi pun kami beli lagi egg tart Hock Kee ni 😁

      Delete
  4. Isssh saya akan happy sangat kalau ada udang, dan yg lain tak nak makan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Langsung saya habiskan semua 🀭🀭.

    Kalau menu pakai kuah Tomyam, itu memang sedap laah biasanya 😁😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Widad allergic udang, Wafi pulak memang kurang suka. Ayah tak gemar nak kopek udang, leceh katanya.
      Ibu lah jadi mangsa kopekkan.. tapi still mereka tidak mahu makan.

      Delete
  5. Kalau Cie tu malas kupas kulit udang ku kunyah dengan kulit2 sekali πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh... kalau kulit lembut ok gak Cie.. ni keras kulitnyaπŸ˜…

      Delete
  6. Next time ajak aunty SA makan tau..fav aunty udang..sape x suka udang bleh sedekah kat aunty SA..abislah kena gomol si saif tu...

    ReplyDelete
  7. Next time ajak aunty SA makan tau..fav aunty udang..sape x suka udang bleh sedekah kat aunty SA..abislah kena gomol si saif tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati dak berdua tu dapat gomoiiii si saif.

      Delete
  8. Rugi lah tak suka udang. Nak egg tart

    ReplyDelete