Minggu lepas Abang Imi ada beritahu ada 2 orang unimate akan bermalam di rumah.
Hari Khamis mereka sampai.
Bermalam satu malam sebab Hari Jumaat akan ke JB.
Hakimi bertolak dari Ipoh jam 5 pm. Sebelum ni intern di sana dan lepas intern teruskan buat partime barista kat F&B. Balik dari JB akan terus ke kampungnya di Chenor, Pahang. Hakimi tinggalkan kereta kat rumah sebab mereka akan car pool naik dengan Abang Imi.
Ibu jumpa Shahril petang Jumaat masa balik dari ofis.
Ibu tak sempat masakkan mereka di rumah dan Bami kata nanti makan luar je. Tak sure akan sampai jam berapa. Jadi ibu bagi duit je lah minta Bami bayarkan makanan mereka.
Jam berapa mereka sampai rumah pun tak pasti sebab ibu dah masuk tidur.
Dinner ibu ayah hari Jumaat sebelum balik rumah... ayah pickup ibu kat ofis sebab kereta ibu, Bami nak guna.
Masa ni Bami dan kawan² dah kat area Setia City Mall, ajak dinner dulu tapi Bami bagitau dah makan.
Jumaat jam 10 pagi Bami dan kawan² ke IOI Mall sebab Shahril yang duduk Besut teringin nak pergi. Bila balik tu end up sampai lambat sebab dari IOI mall tu highway jammed.
Patutnya dari IOI mereka terus je lah pergi JB tapi nak balik rumah dulu. Kawan yang duduk Subang Jaya tak join ke IOI jadi memang kena ambil dia dulu. Masa ke IOI mereka bawa kereta Hakimi. Itu yang Bami bagitau, kalau tau nak jammed ibu boleh je bawa kereta ke ofis.
Ehhh... ibu dah bagitau ya.. jalan akan jammed sebab ada perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026.
Dua kali lah mengharung jammed, balik dari IOI dan ketika menghala ke JB.
Sampai JB jam 3 pagi.
Singgah Masjid Kampung Sungai Danga, dapatlah melelapkan mata dan rehatkan badan sementara tunggu check-in Airbnb.
Menyaksikan konsert Wali Band di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.
Helok pulak pakai baju putih semua... ni mesti dah pakat².












Wah peminat wali band sungguh ni sampai kan sanggup jauh2 pi jb. Jem dari sepang boleh sangkut kat ioi waduh jem panjang tu
ReplyDeleteDah lah Jay Bee.... jauhhhhh
DeleteBami minatlah band² Indonesia.. sebelum ni dia ada tengok konsert Peterpan.
Waaah untung Raka tak dengar nih... Dia pun fans berat wali band 🤣🤣. Saya sejak nikah dengan dia, karena dibrainwash terus2an, dengan lagu2 dia yang setipe dengan wali, lama2 jadi bisa menikmati 😂😄. Karena sebenarnya lagu favorit saya tuh rock , macam motley Crue, deff Leppard, , jadi bisa pula menikmati wali dan kawan2 😄
ReplyDeletePerghhhh... hard rock/heavy metal nya band tu.. mesti Fanny buat headbanging kan bila dengar lagu mereka😁
DeleteRasanya konsert Wali Band tu Leeyana Rahman tu yang jadi organizer. Pernah nampak dia share kat story IG.
ReplyDeleteOoo... agaknya peminat juga.
DeleteTakpa Kak, depa muda remaja lagi banyak tenaga nak hadap jammed banyak kali hihi... Tak sangka pulak depa minat Wali Band. Band zaman kita kot tu hehe
ReplyDeleteHadap jammed lepastu masa konsert jenis yang berdiri... fan betul.
DeleteBand² zaman tu lah agaknya yang best.. tak tau lah sekarang ada band lagi ke tidak.. sebab budak² muda layan Kpop. Macam lagu² pun Bami selalu dengar lagu balada rock 90s
laahh baru tahu Wali Band datang Malaysia. lagu2 dia glemer betul kat Malaysia kan
ReplyDeleteLagu² dia pun sedap
Deletebiasa wat kt kl..kalini waliband ke JB
ReplyDeleteKalau baca kat KL pun ada ritu bulan Mei.
DeleteJam di Sepang tu memang teruk punya jam....wahhh tengok concert Wali Band ya....
ReplyDeleteTu yang baca/dengar ada yang jalan sampai 10km ke tempat parkir.
DeleteGigih betul anak² muda ni
ReplyDeleteKasi chance😅
DeleteSeronoknya Bami. Kita tengok dari jauh perkembangan Wali Band.
ReplyDelete`Bola sepak dan konsert suka lah dia.
DeleteWahhhh ramai peminat Wali Band ye. Semoga Bami dan rakan-rakan enjoy zaman muda dengan attend concert best dan dapat buat apa yang dihajati😍
ReplyDeleteEnjoy dia bila dapat keluar dengan kawan-kawan.
DeleteLepas ni kerja tak tau ler cemana. Harap masih ada hobi.
tengah larat nak berkonsert...pergilah nak janji tengok konsert yang sopan2 ye
ReplyDeleteHaa betul².... jangan lah terlebih kinja atau buat aksi berlebihan.
DeleteBami minat band2 indie rupanya..sejak dia dh kurus ni SA macam x leh cam plak dia..hahahaha....
ReplyDeleteHahahah.. ritu balik unisza lecturer yang dia baik pun tak cam 😅
Delete