Pages

Saturday, October 24, 2026

Sarapan Roti Canai Hari Ini

Kawan-kawan asyik dok tunjuk sarapan roti canai, akhirnya ibu pun mencari juga pagi ni. Ada yang sedap ditekak ibu tapi laluan lain jadi beli kat satu kedai makan ni yang buka 1 atau 2 hari seminggu. Hari biasa ibu tak nampak ia dibuka,

Nahhhh... 2 keping terus ibu beli. Kecil saiznya tapi dia tebal namun layernya nipis. Sedap sebab lembut. Cuma kuah dhalnya yang dicampur sedikit sambal pada ibu agak manis. Namun habis lah 2 keping ibu makan. Lepastu makan asam mangga sebab rasa muak sikit, mungkin pagi-pagi makan benda berminyak. 

Kopi tu terus lah minum takde dah nak salin-salin. Habis boleh buang plastiknya. Tak puas minum kopi tu sebab dah agak suam.

Alhamdulillah dapatlah makan roti canai. Kalau hari cuti jaranglah nak keluar pagi semata-mata cari sarapan. Biasanya buat sarapan di rumah sahaja. Disebabkan hari ni ibu masuk ofis bolehlah singgah membeli. Bulan Oktober ada 5 minggu, 3 hari masuk ofis pada hari Sabtu. Harapnya dapatlah ibu selesaikan tugasan yang dirancang hari ni.

Nanti sambung kat rumah, weekend ni 3 hari cuti sebab Isnin Cuti Gantian am seluruh Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kerana tarikh sebenar 25 Oktober jatuh pada hari Ahad). 

Takde perancangan lain sebab gaji pun belum dapat lagi πŸ˜πŸ˜… jadi mereput je lah di rumah πŸ˜‚

16 comments:

  1. Akhirnya, terjebak juga. Saya dah sarapan roti canai semalam. Hari ini (sabtu) makan nasi lemak dengan kuih dan muih beraneka macam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.. sudah teracun πŸ˜…
      Nasi lemak laaaagiiii

      Delete
    2. Baru sarapan roti canai pagi tadi 27/10 dan semalam juga 26/10 (Saya roti canai memang tak boleh berpisah)

      Delete
  2. Hahaha alamak kak menu sarapn kita sama la...pagi ni order dari foodpanda je..

    Rasa ms pilih roti canai nak 4 keping je sekali bila sampai kt rumah jadi 8 keping.. huwaaaa dah jenuh nak perabihkan roti niπŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa pitam sampai 8 keping... boleh jadi mimpi ngeri tuπŸ˜‚

      Delete
  3. Pergh 2 keping ye Akk, hehe... Sy sikmak forevahhh :D

    ReplyDelete
  4. Esok pun macam nak mencari roti canai jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry Cie punca gak... selalu post roti canaiπŸ˜†

      Delete
  5. roti canai kosong jugak yg sedap.
    uhukk samala, cuti 3 hari ni dok rumah je sebab belum gaji lagi..

    ReplyDelete
  6. Roti canai 😍😍😍. Menghitung hari saya nak makan puas2 ini di sana nanti πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat makan yang kedai Melayu lagi bagus Fanny. Kedai mamak ni kadang roti canai dia liat sikit.

      Delete
  7. Next weekend..Perak pula cuti 4 hari..
    Jumaat - 6/11 (hari keputeraan Sultan Perak)
    Ahad - 8/11 (deepavali)
    Isnin - 9/11 (cuti ganti deepavali)

    ReplyDelete