Pages

Saturday, October 24, 2026

Jogja 2026 - Lunch & Dinner Di Resto Unagi & Udang Alam Kreo

Habis trip Candi Borobudur, perut dah tak tahan lapar. Mas Donz bawa ke Resto Unagi & Udang Alam Kreo seperti yang di dalam list. Ibu pun tak expect tempat makan ni macamana.


Nyaman betul tempat makan kat sini, dibawah pohon. Dalam pondok pun ada. Pilihlah mau duduk di mana. Kawasannya pun luas.

Selepas memilih menu, ibu dan nenek solat dahulu dan Bami tunggu makanan sampai.

Musolla nya pun ibu suka. Dibuat dari kayu, nampak seperti pondok bertangga. Sayang pulak tak ambil gambar sebab bagi ibu ianya kelihatan unik. 

  • Es Coklat 
  • Kopi Susu Gula Aren
  • Kelapa Muda
  • Mendoan
  • Risolles
Risolles tu isi cheese, ayam slices dan telur rebus. Disebabkan sedap, Bami order lagi 3 tapau nak makan kat hotel.

Dapat makan mendoan lagi kat sini.. ni kira snacklah sebab dah lapar, bolehlah isi perut dulu. Bami kata nanti kat rumah ibu cuba goreng macam ni🤗. Sambal kicap buat macam tu pun sedap, cili potong dan kicap manis.

Ramen Udang ni ibu orderkan untuk nenek sebab nenek nak sup² atau kuah².
Hari ni makan Japanese food.

Chicken Katsu Don pilihan Bami.

Nasi Goreng Kreo

Nasi goreng khas mereka, dibuat dengan suwiran ayam (isi ayam yang dicarik²), telur, serta dihidangkan dengan keropok, selada/salad, timun dan tomato.

Bami kat sini memang betul² makan. Balik nanti ibu risau dia taknak makan seminggu😅

Harga makanan dan borang feedback.

Sama tak kelinci Indonesia dan arnab Malaysia 😆

Sungai tu nampak cetek sebab dah lama tak hujan. 
View owesome.
Nampak macam semua tempat yang kami pergi tu tanah tinggi.

 

No comments:

Post a Comment