Pages

Sunday, October 25, 2026

KEM PRS, SBP Peringkat Zon Utara

Cerita 7 Sep 2026
Wafi dan beberapa orang rakan PRS berpeluang menyertai KEM PRS, SBP Peringkat Zon Utara yang diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

Program ini bertujuan memberi penekanan kepada kemahiran membantu rakan, kepemimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah.









Cepat je Wafi blend dengan kawan-kawan SBP lain.




Masa ni jadi fasi di salah sebuah sekolah rendah di Ipoh.






Gambar ni masa dalam bas perjalanan dari SP ke Ipoh.

Jadual program.

Senarai barang yang perlu dibawa.
Wafi kata dia tak tengok betul-betul senarai ni. 

Dalam bas baru kawan kata kena bawa baju kurung putih dan kain hitam. Lahhh.. dia tak bawak.
Kain hitam Wafi ada lah sebab uniform PRS kemeja putih, kain hitam dan blazer.

Rombongan pergi hari Isnin, baju kurung putih tu kena pakai hari Khamis. Dalam bas Wafi bagitau. Tanya dia apa rancangan sebab ada 2 orang kawan lelaki pun tak bawak juga. Tapi diorang nak pinjam baju student STAR. Wafi takleh lah nak pinjam sebab sekolah tu All Boys 😅

Terpaksa lah Isnin balik kerja tu ibu cari baju kat Karnival dan Abang Imi setuju hantar ke Ipoh. 
Abang Imi gerak ke Tapah hari Selasa pagi kemudian ambil Abang Izzat untuk temankan.


Masalahnya... bukan je Wafi tak bawak baju putih dan kain hitam, court shoes pun tak bawak.
Ya Allah... ape je lah yang diingatnya Wafi oooiii
Takdenya ibu nak belikan kasut hitam tu, ibu bawakkan kasut lama dia yang sekali pakai sebab longgar. Kasut Bata tu ibu beli kat Shopee tapi tak ngam pulak saiznya.

Ibu tulis siap-siap nama dan nombor telefon Wafi.

Baju tu tak hantar ke STAR sebaliknya ke tempat penginapan di asrama PBSM, Ipoh.

Mujur jugalah di Ipoh je.. kalau sampai ke Perlis atau Kelantan sana memang ibu tak layanlah. Carilah option lain...
Ibu tulis je.. kalau terjadi nampaknya kena usaha jugalah demi budak comot sorang ni.

No comments:

Post a Comment