Hujan dari awal pagi memang malas betul nak turun katil.
Weekend kalau tak ke mana memang ibu buat sarapan di rumah. Kadang terus masak lauk tengahari sebab malas nak berkecah dapur banyak kali. Sekali masak terus kemas dapur. Jimatkan tenaga... weekend nak bermalas-malasan je. Badan pun nak rehat dan recharge.
Petang semalam beli buah salak, boleh lah buat kudap-kudapan.
Ibu je makan salak ni.
Nasi minyak, lauk ayam masak merah dan daging kicap kalau tak silap. Nanti ibu tambahkan acar nanas kebetulan semalam beli nanas juga.





Alhamdulillah .. syukran rezeki drpd Allah.. wlupun seadanya tetapi tetap nmpk sedap dan menyelerakan.. lg2 mkn selepas hujan n cuaca redup 🥰🥰
ReplyDelete