Pages

Saturday, July 6, 2024

Sarapan Pagi Di Warung Che Limah

Hari ni Sabtu tak berapa nak santai... pack pulak aktiviti hari ini.

Mulakan dengan briskwalk di Dragonfly Park. Berdua dengan Kak Widad.

Lepastu ke Jalan Iskandar cari sayur kampung juga sarapan. Baru teringat Kak Widad ajak makan di Warung Che Limah. 

Warung ni dah viral 2-3 tahun lepas tapi baru sempat pergi. Last week singgah tapi dah lewat dan hampir tutup. Masa keluar parking staff beritahu makanan sudah habis.

Tadi sampai hanya ada 2 orang pelanggan sedang beratur. Bolehlah nak tunggu sebab ada pelanggan sudah selesai.

Sementara staff panggil.. kat luar ni pun ada kerusi menunggu tapi tak duduk pun sebab sekejap je menunggu.

Menu yang ada.

Masa menunggu tu nampak ramai pelanggan order air ni. Adik kat kaunter tu tanya nak ke kopi ais tambah santan. Owh.. boleh lah.

Ibu pesan Bubur Nasi Perindu.

Kak Widad nak makan Lempeng Che Limah.

Tambah telur 1/2 masak.

Jarang kami order air manis tapi hari ini exceptional πŸ˜†

Konsep klasik kat dalam ni.. lagu² pun klasik.

Makin ramai bila kami keluar dari warung.

Biasalah warung² viral ni.. pasti ada je bikers yang sampai.

Sebelum ni Warung Che Limah ni di Jalan Hamzah Alang sebelum berpindah ke Jalan Jambu.

Alhamdulillah pagi ni rezeki kami makan free di sini. Adik yang jaga kaunter beritahu setiap hari mereka akan beri makanan percuma kepada pelangggan secara random.
Kak Widad beritahu kalau camtu baik kita order lebih tadi.

Laaa.. pulak.. kalau begitu mungkin tak dapatlah makan freeπŸ˜…

Lepas sarapan pergi NSK pula cari frozen food untuk Bami bawa balik esok.

2 comments:

  1. Isssh lempeng itu yg saya tak sempat coba pas di KL dan Penang. Padahal dah masuk list πŸ˜„πŸ€­.

    Nantilah, ke KL lagi nak cari. Nama warung ini pun saya catat dulu πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dah sekarang warung begini.. kalau Fanny ke KL cari tempat makan TGSK yang Ako Retna pergi.

      https://anakomak6.blogspot.com/2024/05/jjcm-tgsk-kl-last-exit.html

      Delete